Covid-19 : 15 kes baru
Tiada rakyat Malaysia dalam 13 kes penularan Covid-19 dalam negara yang dilaporkan hari ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah melaporkan 13 kes itu antara 15 kes jangkitan baru Covid-19 yang dilaporkan hari ini.
“Dua adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara,” katanya pada sidang akhbar hari ini.
Mangsa terbaru Covid-19 ini menjadikan keseluruhan kes jangkitan sehingga kini 8,587 orang.
Ketika ini, seramai 289 pesakit sedang dirawat. Daripada jumlah tersebut, 2 berada di unit rawatan rapi.
Tiada korban baru berkaitan Covid-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kematian sehingga kini kekal 121 orang.
Hisham juga melaporkan 21 pesakit Covid-19 pulih dan dibenarkan keluar wad, menjadikan keseluruhan mangsa yang sembuh 8,177 orang sehingga kini.
FMT
You must be logged in to post a comment.