Panggung wayang dibenarkan , majlis perkahwinan akan diberitahu lusa.

PANGGUNG WAYANG

Kerajaan membenarkan panggung wayang kembali beroperasi bermula 1 Julai.

Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaacob mengumumkan perkara itu selepas tatacara operasi standard berkaitan dipersetujui mesyuarat khas menteri.

Ismail menjelaskan jumlah pengguna pada satu masa tidak boleh melebihi 250 orang dengan penjarakkan sosial 1m.



“Kalau dewan tidak mampu menampung jumlah 250 orang apabila penjarakkan 1 meter dilakukan, jumlahnya perlu dihadkan mengikut keluasan dewan…kalau boleh had 100 orang, ia perlu dihadkan kepada jumlah itu,” katanya pada sidang media hari ini.

MAJLIS PERKAHWINAN

Kebenaran untuk mengadakan majlis perkahwinan dalam tempoh pelaksanaan perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) akan diketahui pada Rabu ini.

Menteri Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat khas menteri esok.



“Saya menerima pertanyaan dan permohonan daripada syarikat menguruskan majlis perkahwinan. Mereka mengadu menghadapi masalah pendapatan sejak perintah kawalan pergerakan (PKP) dilaksanakan.

“Hari ini, perkara ini dibentangkan mengenai cadangan yang berkaitan kebenaran mengadakan majlis perkahwinan. Perkara ini akan dibincang secara teliti dalam mesyuarat khas menteri esok.

FMT



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker