Saifuddin Abdullah tolak pelawaan Zahid sertai Muafakat Nasional

Saifuddin Abdullah menolak pelawaan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi untuk menyertai Muafakat Nasional – kerjasama PAS dan Umno – namun menyifatkan pelawaan itu menunjukkan kelapangan hati kerjasama 2 parti berkenaan.

Menteri komunikasi dan multimedia itu yang juga ahli Parlimen Indera Mahkota, berkata beliau secara peribadi terikat menerusi persefahaman dengan PPBM dan Presidennya, Muhyiddin Yassin.

“Saya hanya boleh kata terima kasih kepada beliau, tetapi lebih daripada itu saya tidak boleh komen,” katanya ketika ditanya mengenai pelawaan Zahid selepas membentangkan kad laporan 100 hari beliau menerajui Kementerian Komunikasi dan Multimedia hari ini.

Terdahulu, Zahid dilaporkan berkata, Muafakat Nasional terbuka menerima mana-mana ahli Parlimen bebas, termasuk Saifuddin.

Saifuddin meninggalkan PKR pada 24 Feb lalu, selepas pemecatan Mohamed Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin daripada parti itu.

FMT

Related Articles

One Comment

  1. Mana mungkin seorang yang cenderung kepada agenda liberalisma PH mahu bersama gulongan yang memperjuangkan penyatuan dan kepentingan kaum Melayu dan Islam. Tindaktanduk Saifuddin di Kementerian Komunikasi dan Multimedia sudah cukup bukti dia masih berpegang teguh dengan nawaitu tersebut setelah ditempelak menandatangi ICERD dulu. Adalah lebih bijak jika Muafakat Nasional memilih dengan cermat pemimpin2 PPBM yang benar2 mempunyai aspirasi selari dengan agenda Melayu Islam jika tidak mahu dipinggirkan oleh kaum Melayu pada Pru15 nanti.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker