Sah Tidak Bertanding PRK Chini, Bersatu Tunjuk Setiakawan Pada BN

KUALA LUMPUR –  “Keputusan ini dibuat untuk memberikan sokongan sepenuhnya kepada calon yang akan diputuskan oleh Barisan Nasional bagi mewakilil Perikatan Nasional.

“Seluruh jentera Bersatu juga akan digerakkan untuk memastikan kemenangan wakil Perikatan Nasional,” menurut kenyataan tersebut.

Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memutuskan tidak meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Chini yang dijadualkan pada 4 Julai akan datang.

Pengumuman berkenaan dibuat oleh Setiausaha Agung parti itu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin melalui satu kenyataan hari ini.

Dalam masa sama, Bersatu juga memberikan sokongan sepenuhnya kepada mana-mana calon yang dipilih oleh Barisan Nasional.

Terdahulu, anak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Datuk Mohd Nizar dikatakan antara calon yang akan dipertaruhkan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini, bulan depan.

Selain Mohd Nizar yang juga Ketua Pemuda UMNO Pekan, seorang peneroka FELDA Chini yang juga ahli UMNO Pekan turut disebut-sebut untuk diletakkan sebagai calon pada PRK 4 Julai depan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker