PH kalah jika PRU dalam masa terdekat – Emir Research
Tahap kepuasan rakyat terhadap kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada awal tahun ini, merosot menyebabkan usaha mengubah tampuk pentadbiran negara dilakukan.
Hasil penyelidikan dijalankan badan pemikir bebas, Emir Research, mendapati kemerosotan sebanyak 15 peratus direkodkan.
Skor 0.45 terhadap kerajaan PH direkodkan atau purata seimbang berdasarkan Indeks Kepuasan Terhadap Kerajaan (GSI), berbanding skor 0.53 yang ditunjukkan dalam hasil kajian pada Disember lalu.
GSI dinilai berdasar skala 0 hingga 1.
Kepuasan minimum bermula dengan 0 sehingga 0.2, di bawah kepuasan minimum (0.2 sehingga 0.4), kepuasan purata (0.4 sehingga 0.6), melebihi kepuasan purata (0.6 sehingga 0.8) manakala kepuasan maksimum antara 0.8 sehingga 1.
Hasil kajian untuk suku pertama 2020 itu dijalankan bermula 15 Januari hingga 24 Februari membabitkan 2,002 responden yang ditemui mewakili semua rakyat termasuk di Sabah, Sarawak serta Wilayah Persekutuan.
Dalam pada itu, kajian sama menunjukkan momentum untuk Barisan Nasional (BN) dan PAS yang membentuk gabungan Muafakat Nasional untuk menang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 tinggi jika ia diadakan tidak lama lagi.
Berdasarkan hasil penyelidikan itu, mendapati 52 peratus responden memilih Muafakat Nasional berbanding Pakatan Harapan (PH) iaitu 30 peratus dan calon bebas, 18 peratus.
Peratusan sokongan kepada Muafakat Nasional dilihat meningkat 14 peratus berbanding hasil kajian terdahulu.
Syarikat berkaitan Mirzan Mahathir disiasat Bursa S’pura
“Terdapat kenaikan satu peratus (18 peratus) di kalangan rakyat yang akan memilih Bebas berbanding 17 peratus dalam tinjauan awal – menandakan keinginan untuk kuasa ketiga mentadbir Malaysia masih relevan.
“Undian untuk PH merosot hingga 30 peratus – penurunan ketara 11 peratus dari 41 peratus yang mereka peroleh dalam tinjauan sebelumnya,” menurut hasil kajian itu.
Kajian itu bagaimanapun tidak menunjukkan sama ada kewujudan Perikatan Nasional (PN), hasil kerjasama gabungan parti dalam BN, Muafakat Nasional, PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) akan menghasilkan peratusan sokongan lebih tinggi atau sebaliknya.
BH
You must be logged in to post a comment.