Lelaki rancang serang umat Islam diberkas

BERLIN – Polis di Jerman menahan seorang lelaki kerana disyaki merancang untuk menyerang umat Islam seperti insiden tembakan rambang masjid di Christchurch, New Zealand tahun lalu.

Menurut pejabat pendakwa raya di bandar Celle, lelaki berusia 21 tahun dari bandar utara Hildesheim itu memaklumkan tentang rancangan serangannya dalam ruangan sembang internet tanpa nama.

“Siasatan awal menunjukkan suspek mempertimbangkan idea itu selama beberapa ketika. Dia ingin membunuh seberapa ramai individu untuk menarik perhatian media di seluruh dunia,” katanya.

Rujukan suspek adalah penyerang yang membunuh seramai 51 orang di dua masjid di Christchurch pada Mac 2019 dan dia dikatakan ingin melakukan serangan yang sama.

“Tujuan suspek adalah membunuh orang Islam,” tambah pendakwa.

Dalam tangkapan di rumah suspek kelmarin, polis turut menemui senjata dan fail elektronik yang mengandungi kandungan ekstremis sayap kanan.

Suspek berdepan tuduhan mengancam untuk melakukan kesalahan jenayah dan membiayai keganasan melalui pembelian senjata – AFP

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker