MAHATHIR ADALAH KLEPTOKRAT TERBESAR DALAM SEJARAH MALAYSIA
Syed Saddiq perlu berterus terang berkenaan dari mana wang RM250 ribu yang hilang di rumahnya itu datang dan mengapa dia dan bendaharinya perlu memegang beratus-ratus ribu ringgit tunai di rumah tanpa mengikut prosidur kewangan partinya.
Jumlah wang yang banyak seperti itu bukanlah dari petty cash, oleh itu untuk mengeluarkan wang tunai sebanyak itu, justifikasi dan kelulusan rasmi dan mengikut prosidur perlu diperoleh sebelum wang tersebut dikeluarkan dan bukannya setelah ia dikeluarkan atau hilang.
Jika tiada kelulusan diperoleh, ia adalah satu salah guna kuasa dan penyelewengan di mana pihak berkuasa seperti SPRM dan polis berhak dan perlu menyiasat.
Sebelum ini Syed Saddiq kerap memanggil pemimpin UMNO kleptokrat apabila mereka dituduh menyalahguna kuasa oleh SPRM dan dibicara di Mahkamah walaupun belum terbukti mereka bersalah.
Syed Saddiq juga perlu terbuka untuk disiasat dan dibicara di Mahkamah untuk membersihkan namanya seperti pemimpin-pemimpin lain dan bukan bersembunyi di sebalik retorik politik dengan menyalahkan pihak berkuasa berkenaan siasatan ke atas dirinya.
Dia juga perlu sedar bahawa kleptokrat terbesar dalam sejarah Malaysia adalah Mahathir.
Berdasarkan buku Malaysian Maverick oleh seorang wartawan terkemuka bernama Barry Wain, Mahathir telah menggelapkan RM100 billion dalam empat skandal kewangan dalam tempoh 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri.
Barry Wain telah mencabar Mahathir untuk menyamannya, namun sehingga penulis tersebut mati pada tahun 2013 Mahathir tidak berani menyamannya atau menafikan fakta-fakta dalam buku tersebut.
Syed Saddiq perlu belajar banyak lagi dari mentornya Mahathir.
Dalam 22 tahun Mahathir telah hilangkan RM100 billion, manakala dalam 22 bulan Syed Saddiq telah “berjaya” hilangkan RM250 ribu.
Jika dia ikut jejak Mahathir, dia “on track” untuk jadi penyamun.
ISHAM JALIL
8 Jun 2020
Kalau nak jadi seorang politionyg amanah kena lar betul2 uruskan nya ….. kalau nak jadi polition yg corupt pun kena uruskan nya dengan betul2 ??? jangan pandai cakap ajer pikir sebelum bercakap nak hoiii