Fitnah Sultan Ibrahim, Anwar Ibrahim Dikecam Bangsa Johor

Sebelum ini didedahkan bahawa Anwar Ibrahim mendakwa mendapat perkenan dari Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar untuk merampas semula pentadbiran kerajaan negeri daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN).
BACA DI SINI

Sehubungan itu ramai rakyat Johor marah dan mengecam dakwaan Anwar itu dan menganggapnya sebagai fitnah jahat.

Berikut adalah luahan dari seorang anak Johor yang bernama Jauhar Johor di laman facebook beliau :-

ANWAR IBRAHIM FITNAH SULTAN JOHOR

Sebagai Bangsa Johor kami amat kecewa dengan tingkahlaku Anwar Ibrahim yang cuba mengaitkan Sultan Johor dalam drama PH.

Apa yang dilakukan Anwar Ibrahim kali ini benar benar melampaui batas dan mesti di kecam oleh seluruh bangsa Johor tanpa mengira batas kaum, agama dan idealogi politik.

Jika sebelum ini provokasi dan propaganda PH mahu mengambil alih pentadbiran Putrajaya kerana mendakwa sudah mempunyai sokongan majoriti yang mencukupi, drama terbaru Anwar Ibrahim kali ini benar benar menjijikkan bangsa Johor.

Kami mengajak seluruh bangsa Johor agar kali ini mengutuk sekeras kerasnya kelakuan Anwar Ibrahim kerana cuba membabitkan nama Sultan kami demi kerakusan mencapai cita cita politiknya.

Samada ahli PKR, Amanah, PPBM dan UMNO di Johor kali ini mesti bersikap tegas agar tidak ada pihak lagi yang berani untuk menggunakan ‘Sultan Johor’ demi cita cita politik.

Baca juga artikel berkaitan Saya Bukan ‘Macai’, Kata Adun PKR Pada Anwar.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker