DAP terus menyalak selagi tak jadi kerajaan

BANGI, 15 Syawal 1441H, Ahad – Inisiatif kerajaan memperkenalkan pakej rangsangan, Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) adalah pendekatan yang baik dalam usaha membangunkan semula ekonomi negara ekoran wabak COVID-19.

Ahli Jawatankuasa Pusat Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Haji Omar Kassim percaya pendekatan yang dibawa oleh kerajaan ketika ini lebih menyeluruh dan juga inklusif.

Pun begitu, katanya, kerajaan harus memastikan pelaksanaan yang telus serta pemantauan berterusan dibuat oleh pasukan pelaksana yang dibentuk.

Pada masa sama, mengulas mengenai komen pemimpin veteran parti cauvinis DAP, Lim Kit Siang yang membidas tindakan kerajaan tidak membentangkan PENJANA di Parlimen kerana bimbang ditolak, Ustaz Omar kesal kerana isu sebegitu pun dipolitikkan.



“24 jam DAP berpolitik sejak tidak lagi bergelar kerajaan. Bila sudah jadi pembangkang, baru nak menyalak kembali? 

“Nasi telah menjadi bubur, rakyat sudah nampak siapa DAP dan apa agenda sebenar mereka iaitu Malaysian Malaysia yang tidak mengiktiraf secara jelas Islam, Melayu dan Raja sebagai teras agama ini,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.

Beliau berkata, DAP telah pun diberikan peluang memerintah tetapi kebanyakan dasar dilihat membelakangkan semangat nasionalisme, hak istimewa orang Melayu dan agama Islam. 

Bahkan, teras negara, iaitu Islam, Melayu dan Raja diketepikan.



“Harap mereka akan ditolak sehingga hanya mampu menang tidak lebih dari 10 kerusi Parlimen dalam PRU akan datang,” katanya.

Semalam, penasihat veteran parti tamak haloba DAP, Kit Siang berkata, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sekali lagi bertindak mengunci Parlimen dengan tidak membentangkan pakej rangsangan ekonomi yang dinamakan Penjana bagi menghadapi kesan wabak COVID-19 itu di Parlimen.

Kit Siang berkata, ia sepatutnya dibuat di Parlimen supaya pakej rangsangan tersebut boleh diteliti, dibahas dan diluluskan.

Beliau mengulas kenyataan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) yang menyifatkan PENJANA sebagai pakej pelan pemulihan ekonomi jangka pendek yang ‘dipenuhi pelbagai tawaran menarik kepada komuniti perniagaan, tetapi gagal memenuhi janji-janji bagi melindungi pekerja’.



Setiausaha Agung MTUC, J Solomon mendakwa, sebagaimana Prihatin, beliau bimbang Penjana juga akan gagal mengotakan pelbagai janji manisnya bagi memastikan golongan pekerja dilindungi terutama di saat ribuan orang kini kehilangan pekerjaan.

Sumber: ISMAWeb

Related Articles

One Comment

  1. Sory lah pak ustat. Maaf ckp lah, anda sbenarnye seperti meludah ke langit. Ape nak anda ckp same jgk mcm yg anda buat. Please lah, ckp2 lah org seperti anda, hanye memalu kan bangsa dan agama saja. Msh byk lg bahasa yg lbh elok, dlm kamus dewan bahasa dan pustaka. Aqu tak respek lansung org mcm anda.

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker