Tiada MP Lompat Mahu Sokong PH, Selagi Anwar Calonkan Diri Sebagai PM

KUALA LUMPUR – Selagi Anwar Ibrahim menamakan dirinya sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Harapan(PH) maka, tiada seorang pun mana-mana ahli parlimen(MP) daripada kerajaan Perikatan Nasional hari ini akan memberi sokongan kepada gabungan itu.

Perkara itu ditegaskan oleh Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, yang juga merupakan individu yang turut memainkan peranan penting dalam pembentukan gabungan Pakatan Harapan.

“Anwar Ibrahim adalah liabiliti pada PH. Beliau hanya ‘syok sendiri’ dan gagal memahami bahawa dirinya sudah tidak relevan lagi dalam lanskap politik negara.

“PH akan terkubur dengan agenda rakus politik anwar ibrahim. Bukan sahaja orang-orang politik tidak menyokongnya malah, kebanyakan rakyat Malaysia sudah menolak Anwar kerana sudah kenal siapa Anwar yang sebenar.

“Tanduk iblisnya akan keluar apabila beliau mendapat kuasa dan tidak mustahil akan bertukar menjadi seorang pemimpin yang paling korup dari segenap segi pada waktu itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru, atas dasar prinsip dan tanggungjawab kepada negara secara keseluruhan, Khairuddin berikrar akan menentang Anwar habis-habisan.

Lebih-lebih apabila ramai dari kalangan pemimpin PH yang sudah termakan dengan tipu helah Anwar sehingga mereka taksub kepada pemimpin yang kerap terpalit dengan skandal melibatkan moral itu.

Walau bagaimanapun, situasi ini berbeza dengan pemimpin dalam kalangan PKR, yang sudah muak dengan sikap munafik Anwar.

Menurut Khairuddin, dengan gerakan agresif yang sedang dijalankan oleh Anwar untuk menamakan dirinya sebagai Perdana Menteri, dijangka akan lebih ramai lagi dari kalangan pemimpin PKR yang akan mengikut jejak Datuk Seri Azmin Ali untuk meninggalkan parti itu.

Situasi ini seterusnya memberi keselesaan kepada kerajaan Perikatan Nasional.

“Sekiranya kita semua mahukan tanahair tercinta ini selamat; keseluruhan rakyat harus tolak calon perdana menteri dari PH ini!!

“Sokong Anwar Ibrahim maka gelaplah masa depan kesejahteraan negara ini. Malaysia akan hancur sekiranya Anwar menjadi Perdana Menterinya.”

Suara.Tv

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker