Fahami Politik Pendidikan Cina Secara Menyeluruh

Bukan terus pertahankan kerana kemaruk kuasa, kononnya undi ultra kiasu akan beralih arah

Fahami politik pendidikan Cina dalam ruanglingkup yang besar bukan sekadar menjawab dan merasionalkan bantuan kewangan RM58 juta kepada TAR UC. Jika bantuan RM58 juta adalah berasaskan kepada perjanjian yang telah dibuat, takkan kita tidak boleh tetapkan syarat demi pembangunan negara bangsa. Beza antara hak kepada yang berhak (berpelembagaan) dan hak kepada yang tidak berhak (tidak berperlembagaan).

Hak kepada yang tidak berhak, kita boleh tetapkan syarat demi pembinaan negara bangsa, kerana itu adalah matlamat sesebuah negara berbilang kaum. Bukan melihat seorang dua orang Melayu yang belajar di TAR UC. Ini jugalah hujah yang digunakan oleh ultra kiasu dalam mempertahankan sekolah Cina dengan menggunakan bilangan anak-anak Melayu yang belajar di SJKC, bagi menunjukkan Pendidikan mereka hebat.

Politik Pendidikan Cina hendaklah dilihat dalam konteks yang menyeluruh. Bagaimana mereka sanggup hidup mati mempertahankannya. Ultra kiasu ini sanggup mengenepikan permusuhan politik sesama mereka demi Pendidikan Cina. Kita bagaimana? Asyik ‘berperang’ merebut kuasa tiada kesudahan? Akhirnya hak kepada yang berhak hilang entah ke mana. Terlalu menjaga hati orang lain, hati sendiri siapa nak jaga.



Lihat politik licik ultra kiasu yang saban kali saya perkatakan dan ingatkan. Kenapa tak ambil pengajaran? Adakah saya yang salah memperkatakan?

Lihat permainan politik licik ultra kiasu MCA dan DAP sama ada dalam PH atau PN dalam soal Pendidikan Cina. Sama sahaja. Politik selfish. Fikirkan survival bangsa sendiri. Tanpa mahu sedikitpun berasimilasi dengan bangsa majoriti. Bergenerasi tinggal di bumi bertuah ini, nak cari mereka yang fasih berbahasa Melayu dan mengamalkan budaya Melayu, kena cari di Kelantan dan Terengganu.

Kenapa jadi begini? Ini kerana, sendi politik Cina adalah pendidikan Cina. Utamakan pendidikan Cina sahaja. Pendidikan lain kurang penting. Ini masalahnya bila pemimpin Melayu tak faham permainan politik Cina yang selfish.
Bagi ultra kiasu Cina pendidikan bakal mencorak pemikiran seseorang. Itu sebab 90 peratus kanak-kanak Cina akan dimasukkan ke SJKC daripada sekolah kebangsaan. Bukan kerana tidak percaya akan sekolah kebangsaan. Tetapi telah dididik sejak 1990 bahawa hanya sekolah Cina sahaja pilihan terbaik pendidikan untuk kesinambungan warisan identiti Cina, walaupun sudah tinggal 60 tahun lebih di negara ini tetapi sentimen kecinaan tetap dijaga supaya tidak bercampur dengan sentimen lain.
Ketika PH memerintah, ultra kiasu DAP lebih berani meletakkan kebajikan sekolah Cina di bawah Kementerian Kewangan berbanding MCA sama ada zaman Barisan Nasional mahu pun Perikatan Nasional, kebajikan sekolah Cina diletakkan dibawah Menteri Pendidikan dengan perhatian khusus. Permainan politik selfish ini tidak kisah dengan apa yang berlaku pada sekolah kebangsaan. Yang penting, jika hendak sokongan MCA atau DAP jagalah kebajikan pendidikan Cina.
Cuba lihat keadaan sekolah kebangsaan di Sabah dan Sarawak yang lebih daif berbanding sekolah Cina. Begitu juga sekolah Tamil ada yang tidak terurus. Tetapi kenapa kebajikan pendidikan Cina diutamakan dalam setiap kerajaan negara ini.
Jawapannya mudah, manipulasi meletakkan tanpa ada pendidikan Cina, ekonomi negara akan terjejas maka pendidikan Cina amat penting disebabkan Bahasa pengantarnya Bahasa Mandarin. Anggapan persepsi ini menyebabkan sebahagian sektor swasta meletakkan syarat Bahasa Mandarin sebagai wajib dalam pekerjaan yang dimohon.

Akibatnya, Bahasa Melayu dibakul sampahkan dan lebih perit tidak dihargai. Penggunaan Bahasa Melayu hanya cuma untuk berkomunikasi bagi tujuan perniagaan sahaja, bukan untuk digunakan dalam urusan rasmi.

Amat menyedihkan melihat perangai pemimpin Melayu yang masih tidak memahami permainan sendi politik Cina ini. Pemimpin Melayu lebih rela dipergunakan untuk sokongan undi tetapi pada halnya nilai seorang Melayu yang terletak pada pendidikan kebangsaan dan Bahasa telah dibakul sampahkan secara tidak sedar.



Inikah yang diinginkan oleh generasi pemimpin Melayu hari ini. Jika jawapannya betul maka tiada harapan Melayu akan menjadi Tuan pada negara ini. Melayu akan menjadi kuli dan macai sahaja sampai beberapa generasi dengan sikap sebegini.

Orang Cina ultra kiasu amat menjaga bahasa ibunda mereka. Bagi setiap gerai makanan dan minuman mahupun urusan rasmi perniagaan, bahasa Mandarin menjadi keutamaan. Sebab itu kita lihat akhbar Cina jarang kena gulung tikar berbanding akhbar Melayu.

Teramat pilu rasany dihati apabila Utusan Malaysia dibiarkan mereput mati. Surat khabar Cina yang beroperasi sejak merdeka masih lagi hidup disebabkan mereka sanggup membeli walaupun tidak ada niat hendak membaca. Kenapa mereka sanggup membeli sebab hendak menyokong perniagaan jualan akhbar Cina supaya terus hidup.

Inilah semangat mereka untuk melihat surat akhbar Cina tetap hidup dan utuh walaupun harga yang mahal. Hidupnya akhbar Cina maka akan hidupnya bahasa Cina (Mandarin). Hidupnya Bahasa Mandarin maka akan hidupnya sekolah pendidikan Cina. Hidupnya sekolah pendidikan Cina maka akan hidup identiti keCinaaan di Malaysia.



Jangan hairan jika melihat akhbar dan media elektronik Cina jauh meninggalkan media bangsa lain, termasuk bangsa majoriti Melayu.

Seterusnya, jika TAR UC hidup maka akan hidupnya UEC. Hidup UEC akan menghidupkan identiti keCinaan dalam sekolah pendidikan Cina.

Adakah majoriti pemimpin Melayu memahami mind set atau psiki Cina ultra kiasu dengan permainan politik selfish. Jika tak tahu, bertanyalah.

Melayu tidak kisah surat khabarnya mati. Melayu tidak kisah sekolah kebangsaan hidup atau mati. Melayu tidak kisah untuk berbahasa Melayu. Anggapan berbahasa Melayu low standard berbanding berbahasa Inggeris. Akhirnya, bukan Melayu kurang menghormati Bahasa Melayu. Kenapa? Jawapannya ialah Melayu sendiri langsung tidak tahu menghargai Bahasa mereka sendiri. Jadi buat apa hendak belajar Bahasa Melayu dan utamakan Bahasa Jawi.



Mana ada nilai Bahasa Jawi hari ini. Belajar Bahasa Jawi untuk agama Islam sahaja. Inilah persepsi Cina ultra kiasu mengenai Bahasa Jawi dan Bahasa Melayu. Melayu yang rosakkan nilai Bahasa mereka.

Bila rosak nilai ini maka rosaklah jati diri Melayu. Akhirnya bukan Melayu memandang acuh tidak acuh dengan kepentingan Bahasa Melayu dan pendidikan sekolah kebangsaan disebabkan tiada nilai ekonomi pada mereka.

Sampai bila Melayu hendak menangisi nasib Bahasa Melayu, pendidikan sekolah kebangsaan jika Melayu sendiri secara terus menerus memberikan nafas hidup dan mengagungkan pendidikan vernacular (Cina) ini. Malah mempertahankannya bermati-matian.

Maaf dipohon jika saudara seagamaku tersinggung. Meskipun kita tidak sebangsa, pembinaan negara bangsa jauh lebih besar dan beerti buatku. Janganlah kerana terlalu sangat menjaga hati orang, terlalu kemarukkan undi, bagi menjamin kekal berkuasa, hati sendiri terluka, tiada siapa nak jaga dan peduli.



Prof. Mohd Ridhuan Tee Abdullah

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker