Hukum Berat Menanti Dalam Pindaan AKTA 333, Merentasi Idelogi Politik, Agama & Kaum – Wee Ka Siong
Isu pemandu yang memandu dalam keadaan mabuk merupakan topik hangat yang dibincangkan sejak kebelakangan ini dan saya terus meneliti dan memantau secara serius mengenai perkara ini. Saya terbuka dan mengalu-alukan sebarang pandangan semua pihak. Berikut merupakan antara pandangan yang dikemukakan :
1. Kenapa hanya meminda undang-undang yang berkaitan dengan minuman keras? Mengapa tiada tindakan terhadap ‘Geng Basikal Lanjak’ atau ‘Mat Rempit’?
Untuk makluman, pindaan yang dicadangkan bagi Seksyen 41 hingga Seksyen 45 Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) adalah berkaitan dengan pemanduan di bawah pengaruh dadah atau alkohol atau pemanduan secara berbahaya. Oleh itu, sama ada pengguna jalan raya itu di bawah pengaruh dadah atau alkohol atau sesiapa saja termasuk ‘Geng Basikal Lanjak’ atau ‘Mat Rempit’ sekalipun, ia tetap terangkum di dalam cadangan pindaan Akta ini.
2. Adakah isu pemandu mabuk dijadikan sebagai alasan untuk menafikan hak bukan Islam untuk meminum minuman keras?
Ditegaskan bahawa isu pemandu yang dipengaruhi alkohol atau dadah ini tidak ada kaitan langsung dengan orang Islam ataupun bukan Islam. Sebaliknya ia lebih menjurus kepada soal keselamatan jalan raya. Cadangan pindaan Akta yang akan dimuktamadkan ini adalah bertujuan mengenakan hukuman yang lebih berat kepada mereka yang memandu secara merbahaya sehingga memudaratkan diri sendiri serta pengguna jalan raya lain dan ianya tidak ada kaitan dengan mana-mana kaum. Sesuatu tragedi atau kemalangan jalan raya yang berlaku itu tidak mengenal kaum.
Maka itu, dengan mengenakan hukuman lebih berat kepada pesalah jalan raya merupakan langkah terbaik dalam usaha kita mencegah kehilangan nyawa akibat kemalangan jalan raya yang tidak sepatutnya berlaku. Saya berharap kita semua tanpa mengira kaum, agama atau ideologi politik supaya bersama-sama menyokong pindaan Akta 333 ini.
……….
The drunk driving issue has been widely discussed recently and I have been closely monitoring and following up on this issue. I welcome views from everyone and I have compiled some of the comments and addressed them here:
1. Why only amend the laws that is related to drunk drinking? Why no actions against Geng Basikal Lanjak or Mat Rempit?
The proposed amendments to Section 41 to Section 45 of the 1987 Land Transport Act is mainly related to driving under the influence of drugs or alcohol or dangerous driving. Therefore, be it driving under the influence of drugs or alcohol or Geng Basikal Lanjak or Mat Rempit, any forms of reckless or dangerous driving will be covered in the proposed amendments to this Act.
2. Is the drunk driving issue used to remove the right of non-Muslims to drink?
The issue of driving under the influence of drugs or alcohol has nothing to do with Muslims or non-Muslims. This is an issue about personal safety. Any final amendments to the Act are to impose more severe punishments against dangerous drivers and it has nothing to do with race. Such tragedies have nothing to do with race as we all need to have more compassion towards others. To have more severe punishments against the perpetrators is to prevent more needless deaths. I hope we can look beyond race, religious or political differences to support the proposed amendments to this Act.
FB: Wee Ka Siong
Bukan hanya untuk pemandu mabuk sahaja, malahan untuk samseng jalan raya termasuklah mat2 rempit, mereka ini harus dihukum dengan lebih berat lagi termasuk hukuman sebat. Banyak kes2 yang kita dengar sebelum ini samseng jalan raya ini menyebabkan kemalangan maut dan adakalanya membuat rusuhan di tempat awam.