COVID-19: Indonesia tidak hantar jemaah haji musim ini

JAKARTA: Kementerian Hal Ehwal Agama Indonesia memutuskan untuk tidak menghantar bakal jemaah haji ke Tanah Suci musim ini berikutan krisis pandemik COVID-19 yang belum berakhir.

Ketika ini kerajaan Arab Saudi masih menyekat kemasukan warga asing ke negara itu.

Menteri Hal Ehwal Agama, Fachrul Razi, berkata keputusan itu dibuat berikutan mereka tidak mempunyai masa yang cukup untuk melakukan persiapan dalam menghantar jemaah ke Tanah Suci.

Beliau menegaskan wabak berskala global itu mempengaruhi aspek sosial dalam ibadat, sekali gus menyaksikan kementerian itu menubuhkan pusat krisis haji 2020 sejak dari awal.

“Pasukan telah melakukan kajian khusus mengenai tiga skema mengenai haji 2020,” katanya pada sidang media hari ini.

Tiga pilihan yang dihasilkan menerusi kajian berkenaan memfokuskan pada komitmen untuk mengadakan acara haji yang normal, membatasi haji, dan pilihan terakhir adalah membatalkan haji sama sekali untuk tahun 2020 yang mana akhirnya diputuskan oleh kerajaan.

Fachrul berkata, Indonesia pernah berhadapan dengan pembatalan ibadath aji ketika pencerobohan tentera Belanda suatu masa dulu.

“Arab Saudi masih tidak memberikan sebarang akses kepada negara luar. Kerajaan tidak mempunyai masa untuk membuat persiapan,” katanya. – TEMPO.CO

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker