UMNO Dah Tak Ada Bakat? Najib Bidas Tuduhan Dap
ENTAH kenapa pemimpin Dap Liew Chin Tong yang masuk melalui pintu belakang untuk jadi Timbalan Menteri PH setelah kalah dalam PRU14 tiba-tiba tulis artikel panjang lebar untuk kutuk saya dan UMNO.
Dia tuduh saya masih kuasa terbesar dalam UMNO dan dia juga tuduh UMNO dah tak ada bakat.
Paling kelakar ialah dia sendiri tak tengok “bakat” sedia ada dalam PH sebelum nak tuduh parti lain tak ada bakat.
Deey…. Boss kamu orang yang sendiri mengaku akauntan gagal. Korang ramai yang tipu sijil. Ko ada Lid dan Mujahid. Korang ada yang difitnah ada ijazah.
Dan korang ada Mat Sabu.
Lagi nak tuduh UMNO tak ada bakat? Cerminlah sendiri.
Posting Chin Tong:
Bakat apa?
Dalam 22 bulan korang jadi kerajaan, PH:
– Gagal jaga ekonomi.
– Gagal tunai janji.
– Gagal kawal wabak Covid.
– Gagal meyakinkan Rakyat sehingga tahap sokongan pada PH jatuh dari 82% pada masa PRU14 menjadi 25%. Sebab itu, korang kalah 5 kalah berturut-turut dalam PRK kepada BN.
Hadapi-lah realiti, Chin Tong. Sila sangkal kegagalan-kegagalan yang saya senaraikan di bawah ini dan dalam graf-graf di sini:
Najib ada tipu, tak? Data tak tipu.
– Kerajaan pertama dalam Malaysia yang jatuhkan sendiri. Lepas itu salahkan hampir semua pihak kecuali sendiri.
– Pasaran saham paling corot dalam dunia, jatuh ke paras paling rendah sejak 10 tahun lalu.
– Petronas diturun penarafan oleh Moody’s buat kali pertama dalam sejarah.
– Keselamatan penerbangan Malaysia diturun taraf oleh Amerika Syarikat buat kali pertama dalam sejarah dan kini sama taraf dengan Bangladesh, Curaçao, Costa Rica dan Ghana.
– Gaduh dengan Amerika Syarikat, Arab Saudi, UAE dan India.
– Defisit negara yang diturunkan 8 tahun berturut-turut oleh BN dinaikkan semula.
– Nisbah hutang negara kepada KDNK yang diturunkan oleh BN masa Najib jadi PM dinaikkan dari 48.7% pada akhir suku-1 2018 menjadi 54.4% – hampir cecah had 55% di bawah undang-undang Malaysia. PH pinjam hampir RM140b dalam masa mereka memerintah.
– Kebergantungan negara pada hasil minyak yang diturunkan 8 tahun berturut-turut dari 44% ke 12.7% dinaikkan semula kepada 33%.
– Nilai aset Khazanah yang dinaikkan dari RM32b pada akhir 2008 ke RM116b diturunkan semula oleh PH ke RM73b dalam masa 2 tahun.
– Kadar pertumbuhan eksport negara turun dari +18.9% pada tahun 2017 menjadi 6.7% pada tahun 2018 dan akhirnya menjadi negatif (-1.7%) pada tahun 2019 SEBELUM Covid melanda.
– Ekonomi paling lembab sejak 10 tahun lalu SEBELUM krisis Covid bermula.
– Dividen LTAT paling rendah dan kedua paling rendah dlm sejarah.
– Dividen KWSP paling rendah sejak 11 tahun lalu.
– Dividen ASB paling rendah dlm sejarah untuk dua tahun berturut-turut.
– Hibah Tabung Haji paling rendah dan kedua paling rendah dalam sejarah.
– penurunan nilai aset bersih Khazanah sebanyak RM25 bilion iaitu paling besar dalam sejarah.
– Jualan aset negara secara lambak
– Nilai Ringgit USD1=RM4.23, turun 40 sen sejak PRU14.
– RM84 bilion dijarah dari rizab tunai Petronas.
– Cukai gula, cukai petak, levi pelepasan, cukai digital diperkenalkan.
– Cukai taksiran, Cukai RPGT dinaikkan.
– Caj Pos, klinik swasta, air, elektrik gas komersial, hatga simen, harga kereta dinaikkan.
– Tol PLUS dilanjut 20 tahun walaupun dijanji mansuh.
– Bantuan kerajaan dikurangkan dan dimansuhkan.
– Jawatan berpencen baru penjawat awam dimansuhkan.
– Hampir setiap hari, geng Anwar dan geng Mahathir rebut kuasa.
– Manifesto bukan kitab suci. Rakyat malas dan perlu ikat perut.
Itulah kehebatan Gagalkrasi PH.
Semua negatif. Yang positif cuma Covid yang PH memperlekehkan dan gagal bendung.
Lagi nak tuduh UMNO tak ada bakat?
Najib Razak
Umno Online
You must be logged in to post a comment.