Monyet mencuri sampel ujian Covid-19 dari pekerja kesihatan di India.
[KGVID]https://mykmu.net/wp-content/uploads/2020/06/Monkeys-steal-Covid-19-test-samples-from-health-worker-in-In.mp4[/KGVID]
Beberapa ekor monyet liar telah menyerang seorang pekerja kesihatan India dan mencuri sampel darah dari ujian coronavirus, ini telah menimbulkan kebimbangan mereka boleh menyebarkan virus tersebut di kawasan setempat.
Setelah melarikan tiga sampel darah itu, monyet-monyet itu memanjat pohon-pohon berdekatan dan seekor monyet itu kemudian mencuba mengunyah barang rampasannya.
Kejadian ini berlaku di sebuah pekan kecil di Meerut berdekatan dgn New Delhi.
Kotak sampel kemudian ditemui dan belum rosak, kata pengawas kolej perubatan Meerut, Dheeraj Raj, kepada AFP pada hari Jumaat selepas rakaman kejadian itu menjadi viral di media sosial.
Diterjemah Oleh David Pragasam
[email protected]