Penunggang Agama PAN Guna Hukum Agama Menghalalkan Usaha Menjatuhkan Kerajaan Yang Sah Perlu Dipandang Berat

Penasihat Umum AMANAH, Datuk Seri Ahmad Awang, pernah berkata pada 28 Februari 2018 bahawa “kita di dalam AMANAH ini tidak akan menggunakan hukum-hukum agama semata-mata untuk kepentingan politik”.

Begitu juga Naib Presiden AMANAH, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, yang pernah berkata pada 2 April 2018 bahawa “Parti AMANAH tertegak atas Rahmatan lil Alamin dan kami bersumpah untuk tidak menjadikan agama sebagai bahan-bahan politik murahan melalui mudah menghukum dan melabelkan orang”.

Bagaimanapun, semakin hari kita dapati semakin ramai pemimpin AMANAH, termasuk Datuk Seri Ahmad Awang sendiri, yang menggunakan hukum-hukum agama untuk kepentingan politik.

Di bawah adalah antara contoh penggunaan hukum-hukum agama oleh pemimpin AMANAH untuk kepentingan politik.

‘FATWA’ PRESIDEN AMANAH, MOHAMAD SABU

“Maka WAJIB bagi kita menjatuhkan Kerajaan Barisan Nasional, tak ada sunat mu’akkad lagi, WAJIB.” (7 Januari 2018)
Buktinya di sini: https://www.facebook.com/watch/live/?v=1796949110349786

‘FATWA’ NAIB PRESIDEN AMANAH, DATUK HUSAM MUSA
“Undi UMNO pun HARAM, Undi PAS pun HARAM, boleh pahala undi Pakatan.” (3 Mac 2018)
Buktinya di sini: https://www.facebook.com/watch/?v=1856580794376782

‘FATWA’ PENASIHAT UMUM AMANAH, DATUK SERI AHMAD AWANG

“Mengkhianati amanah rakyat, mengkhianati amanah parti, mengkhianati amanah Kerajaan Pakatan Harapan dari segi syarak adalah satu perkara yang dilarang keras dan ia boleh membawa kepada kerosakan dan merupakan DOSA BESAR. Mereka yang bersubahat untuk membentuk kerajaan dengan kumpulan-kumpulan pengkhianat ini adalah terlibat sebagai orang yang bersubahat dan mereka juga adalah BERDOSA kerana mereka juga adalah pendukung kepada pengkhianat tersebut.” (21 Mac 2020)
Buktinya di sini: https://www.facebook.com/watch/?v=524953055093392

‘FATWA’ PENGARAH KOMUNIKASI AMANAH, KHALID SAMAD
“Usaha untuk mengambil-alih kembali pentadbiran yang telah dirampas oleh Perikatan Nasional melalui tindakan khianat adalah satu usaha yang WAJIB atas Pakatan Harapan.” (27 Mei 2020)
Buktinya di sini: https://www.facebook.com/watch/live/?v=3052875981444725

Mungkin sudah sampai masanya untuk pihak berkuasa memandang serius penggunaan hukum-hukum agama untuk kepentingan politik ini, khususnya yang membawa makna kerajaan yang ada sekarang adalah sebuah kerajaan yang tidak sah dari sudut hukum syarak.

Sebarang pernyataan yang membawa makna kerajaan yang ada sekarang adalah sebuah kerajaan yang tidak sah dari sudut hukum syarak juga mempunyai implikasi yang besar kerana kerajaan yang ada sekarang ini terbentuk melalui perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Dr. Kamarul Yusoff

Related Articles

One Comment

  1. Umat islam tak perlu ambil pusing fatwa2 songsang oleh PAN ini. Penubuhan parti Kuali ini pun sudah sonsang, iaitu untuk menghancurkan parti Islam PAS atas arahan dan sokongan DAP, yang terkenal anti-Islam nya. Lihat saja akhlak pemimpin2 PAN dari Mat Sabu, Khalid Samad, Mujahid dll sudah cukup bukti taraf islam mereka begitu menjijikkan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker