ISU ARAK: PAS cadang tubuh Jawatankuasa Khas Kabinet
PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) memandang serius kes kemalangan mati membabitkan pemandu mabuk yang semakin menjadi-jadi mutakhir ini.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah meletakkan Malaysia di tempat kesepuluh di dalam senarai pengambilan alkohol terbanyak dunia. Statistik yang dikeluarkan pertubuhan tersebut menunjukan rakyat malaysia membelanjakan lebih dari RM2.0 bilion untuk minuman beralkohol dengan purata 15 liter per kapita pada tahun 2016. Pengambilan bir di Malaysia berada pada tahap membimbangkan.
Tragedi pemandu mabuk bukanlah perkara yang boleh dipandang remeh. Kesalahan ini berpunca daripada kelemahan perundangan sedia ada dan penguakuasaan, selain dari sifat pentingkan diri dan degil pemabuk. Lebih malang menjadi seorang pembunuh bilamana telah menggadaikan jiwa yang tidak bersalah.
Melihat kepada kekerapan isu kemalangan membabitkan pemandu mabuk ini, PAS dengan ini mencadangkan kepada kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin segera menggantung semua pengeluaran, perniagaan dan penjualan arak sehingga semua langkah baru dapat diambil untuk menghalang pemandu memandu dalam keadaan mabuk.
Dalam tempoh penggantungan itu dibuat, Kerajaan Perikatan Nasional juga perlu menubuh Jawatankuasa Khas Kabinet melibatkan beberapa kementerian untuk bertindak segera tangani kes ini.
Menurut langkah ini, PAS meminta Jabatan Kastam dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menggantung semua lesen penjualan arak dan minuman beralkohol yang dijual secara terbuka dirangkaian kedai serbaneka 24 jam.
Nyawa orang awam adalah satu keutamaan yang harus difikirkan oleh kerajaan secara serius kerana hal ini telah menjadi satu lagi punca pertambahan kemalangan khasnya kemalangan maut di jalan raya atau di lebuh raya.
‘Islam Memimpin Perpaduan’
KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Penerangan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
26 Mei 2020 | 3 Syawal 1441-
HARAKAHDAILY 26/5/2020
sudah tiba masa undang2 sedia ada harus dipinda…hukuman lebih berat harus diberikan & sebagai tambahan hukuman sebat harus juga dikenakan kepada pesalah pemandu mabuk yang mengakibatkan kematian pengguna jalan raya…ini bukan soal implementasi hukum Islam bila melibatkan sebatan kerana di Singapura sesiapa menyeludup masuk orang asing tanpa izin boleh dikenakan hukuman sebat
pembetulan….
bukan ‘pengguna jalan raya’ tapi ‘orang awam’ lebih tepat & menyeluruh