Pharmaniaga catat keuntungan bersih Rm22.40 juta pada suku pertama 2020

KUALA LUMPUR, 19 Mei — Pharmaniaga Bhd, syarikat farmaseutikal terbesar di Malaysia, mencatatkan peningkatan keuntungan bersih sebanyak 14.1 peratus untuk suku pertama tahun 2020 kepada RM22.40 juta berbanding RM19.62 juta tahun sebelumnya.

Dalam pada itu, perolehan meningkat kepada RM819.92 juta daripada RM786.11 juta pada tempoh yang sama tahun lalu, susulan permintaan yang lebih kukuh daripada bahagian Indonesia, yang meningkatkan pertumbuhan pendapatan sebanyak 20.2 peratus kepada RM239.19 juta, kata syarikat itu dalam kepada Bursa Malaysia hari ini.

Syarikat itu juga mengisytiharkan dividen interim pertama sebanyak 6.0 sen sesaham bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Disember, 2020, iaitu kadar yang sama dicatatkan tahun lepas.

Pharmamiaga berkata kumpulan itu komited untuk memenuhi kontraknya dengan Kementerian Kesehatan (KKM) untuk penyediaan ubat-ubatan dan bekalan perubatan ke kemudahan KKM, serta perkhidmatan logistik dan pengedaran.

“Sejajar dengan ini, bagi memastikan pertumbuhan yang berterusan, kumpulan ini terus meningkatkan kecekapan pembuatan dan operasi serta memperluas keupayaan penyelidikan dan pembangunannya untuk meneroka peluang baharu untuk mengembangkan perniagaannya, termasuk untuk operasi di Indonesia,” katanya.

Pendapatan kumpulan itu meningkat 14.6 peratus berbanding dengan suku keempat 2019. Ia kebanyakannya disebabkan oleh peningkatan permintaan yang lebih tinggi daripada hospital kerajaan dan swasta di Malaysia dan Indonesia.

“Ini menyaksikan kumpulan mencatat keuntungan sebelum cukai sebanyak RM31 juta berbanding dengan defisit RM238 juta pada suku sebelumnya,” katanya.

— BERNAMA

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker