Khalid Samad akan dipanggil selepas pembantu di tahan dalam kes babit pemaju KL?
Bekas menteri akan dipanggil selepas pembantu ditahan dalam kes babit pemaju KL
Bukit Aman memulakan siasatan ke atas dakwaan rasuah membabitkan seorang bekas menteri di bawah kerajaan Pakatan Harapan selama 22 bulan, FMT mendapat tahu daripada sumber.
Difahamkan, setiausaha politik menteri itu sudah ditahan Jabatan Siasatan Jenayah di Kuala Lumpur untuk disoal siasat atas dakwaan rasuah membabitkan beberapa pemaju di ibu negara.
Satu laporan dibuat dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Pemeriksaan FMT mendapati siasatan sedang dijalankan polis Brickfields dan Sentul atas “2 jenayah komersial”.
Satu sumber turut memberitahu FMT, polis akan memanggil bekas menteri itu dan timbalannya tidak lama lagi, serta pegawai dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
FMT sudah menghubungi polis untuk mendapatkan butiran lanjut dan bekas menteri itu yang namanya tidak didedahkan sementara menunggu pengesahannya.
FMT
Mungkinkah ini kes Kampung Baru?? Nampaknya bekas menteri Khalid kali ini betul2 macam peribahasa ” Ayam terlepas, tangan bau taik”. Mungkin ini sumpahan penduduk2 Melayu Kampung Baru yang nyaris tanah pusaka mereka nak kena rampas secara paksa oleh Khalid bila enggan bersetuju dengan rancangan Khalid konon untuk membangunkan kawasan Melayu itu. Dia sendiri mengaku duit begitu banyak telah terlibat. Tangannya betul2 dah terpalit taik.