Tiba – tiba mesyuarat MPT Bersatu ditunda.

MPT Bersatu tunda mesyuarat esok.

Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu yang dijangka akan diadakan esok tanpa menjemput pengerusinya Dr Mahathir Mohamad dan timbalan presiden Mukhriz Mahathir telah ditunda.

Pengumuman itu ekoran notis penangguhan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Kerja Bersatu, Muhammad Suhaimi Yahya kepada pimpinan tinggi parti tersebut.

“Saya seperti yang diarahkan memaklumkan, mesyuarat majlis pimpinan tinggi yang dijadualkan esok 11 Mei 2020 pada 12 tengah hari, ditangguhkan kepada tarikh lain yang akan dimaklumkan kelak,” kata Suhaimi melalui pemberitahuan yang dilihat Malaysiakini.

Anggota MPT Bersatu, A Kadir Jasin ketika dihubungi mengesahkan telah menerima notis tersebut beberapa jam selepas media melaporkan agenda mesyuarat esok berkemungkinan sebagai langkah menentang Mahathir dan anaknya Mukhriz, dengan senario terburuk boleh mengakibatkan pemecatan kedua pemimpin ini.

“Ya saya ada terima. Saya terima menerusi Whatsapp peribadi saya dari Setiausaha Kerja (Suhaimi),” katanya kepada Malaysiakini.

Mkini

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker