Timbalan menteri kesihatan, exco Perak didenda RM1,000 ingkar PKP

Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Noor Azmi Ghazali dan Exco Perak, Razman Zakaria masing-masing didenda maksimum RM1,000 oleh Mahkamah Majistret Gerik hari ini kerana melanggar perintah kawalan pergerakan (PKP) 2 minggu lalu.

Bernama melaporkan Majistret Norhidayati Mohammad Nasroh menjatuhkan hukuman itu selepas kedua-duanya mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan serentak oleh jurubahasa mahkamah.

Kedua-duanya didakwa bersama 13 individu lain melanggar Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

Mereka semua kemudiannya membayar denda itu.

Pada 18 April lalu, Azmi memuat naik gambar beliau bersama Razman dan beberapa individu menghadiri satu jamuan di Maahad Tahfiz Quran Lid Dakwah Wal Imamah di Lenggong.

Azmi yang juga ahli Parlimen Bagan Serai kemudiannya memohon maaf atas kesilapan itu selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya.

Razman yang juga Adun Gunung Semanggol dan pesuruhjaya PAS Perak turut memohon maaf menerusi Facebooknya dan memberi keterangan di IPD Kerian.

Terdahulu, Azmi serta Razman tiba serentak pada 9.20 pagi tadi.

Kawalan di sekitar mahkamah diperketatkan dengan kehadiran polis, selain media yang mula tiba seawal 7 pagi tadi bagi membuat liputan prosiding kes itu.

FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker