‘Indonesia tidak lapor semua kes kematian koronavirus’

Lebih 2,200 rakyat Indonesia yang mati akibat gejala akut Covid-19 tidak dicatatkan sebagai mangsa penyakit itu, menurut tinjauan Reuters ke atas data dari 16 daripada 34 wilayah di negara itu.

Menurut tiga pakar perubatan, angka kematian di seluruh negara berkemungkinan jauh lebih tinggi daripada angka rasmi sebanyak hanya 765 orang.

Indonesia adalah antara negara yang kadar pengujiannya adalah terendah di dunia dan beberapa pakar epidemiologi berkata, ini menjadikannya lebih sukar untuk mendapatkan gambaran tepat mengenai sejauh mana jangkitan di negara keempat terpadat di dunia itu.

Data terkini dari 16 wilayah menunjukkan terdapat 2,212 kematian pesakit yang mencurigakan kerana mereka mempunyai gejala akut koronavirus.

Kementerian kesihatan Indonesia menggunakan singkatan PDP untuk mengklasifikasikan pesakit berkenaan memandangkan tidak ada penjelasan klinikal lain untuk gejala tersebut.

Data berkenaan dikumpulkan oleh agensi wilayah setiap hari atau mingguan berdasarkan angka yang diberikan oleh hospital, klinik dan pegawai yang mengawasi pengebumian. Ia diperolehi oleh Reuters dengan memeriksa laman web, perbualan dengan pegawai wilayah dan meninjau laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Jumlah 2,221 kematian itu adalah tambahan kepada 693 mangsa yang telah terbukti positif Covid-19 di wilayah-wilayah berkenaan dan secara rasmi dicatat sebagai mangsa penyakit tersebut.

16 wilayah itu pula merangkumi lebih daripada tiga perempat daripada 260 juta penduduk di Indonesia.

Reuters

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker