‘Kafirkan’ Ebit Lew: Abu Syafiq dakwa akaun FB kena godam

Pendakwah bebas yang dikenali sebagai Abu Syafiq memaklumkan bahawa laman Facebooknya telah digodam pihak tertentu.

Ini setelah laman itu meninggalkan komen yang mengkafirkan seorang lagi pendakwah bebas, Ebit Lew, berdasarkan gambar tangkap layar laman berkenaan hari ini.

“Penting. Page Facebook saya kena godam. Ustaz Abu Syafiq Al-Asy’ary atas nama Ustaz Abu Syafiq Al-Asy’ary.

“Harap maklum. Saya Ahli Sunnah wal Jamaah, tidak kafirkan orang Islam. Harap maklum,” kata Abu Syafiq dalam satu teks pesanan kepada Malaysiakini malam tadi.

Bersama pesanan itu, turut dihantar sekeping gambar tangkap layar interaksi komen antara laman berkenaan dengan warganet lain yang mengugut mahu melaporkan laman itu kepada Facebook.

“Report-lah. Sokonglah Ebit Liew kapiaq hampa tu. Hiduplah di dalam masyarakat yang riak. Semoga Allah SWT laknat puak-puak ini,” menurut komen yang dibuat atas namanya itu.

Ebit Lew, pendakwah yang terkenal dengan kerja-kerja kebajikan merentasi agama dan kaum.
Tangkap layar berkenaan bagaimana ditandakan dengan penafian “palsu”.

Malaysiakini sedang menghubungi Abu Syafiq untuk mendapatkan maklum balas lanjut, termasuk sama ada beliau akan membuat aduan kepada pihak berkuasa.

Abu Syafiq sebelum ini mengeluarkan beberapa kenyataan yang dikatakan ditujukan buat Ebit Lew, selepas Ebit memberi bantuan kepada satu keluarga di Kedah baru-baru ini.

Abu Syafiq mempertikai tindakan memuat naik gambar dan video orang miskin di media sosial yang menurutnya memalukannya dan membuka aib serta haram di sisi Islam.

Berdasarkan carian Malaysiakini sebentar tadi, laman Facebook Ustaz Abu Syafiq Al-Asy’ary sudah tidak dapat ditemui buat masa ini.

Mkini

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker