Jangan Semberono… Presiden UMNO Ada Hak Kemuka Cadangan Pelantikan GLC
Hak pelantikan jawatan kabinet dan pengerusi-pengerusi GLC merupakan kuasa preogratif Perdana Menteri tetapi sebagai Presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mempunyai hak untuk memohon pertimbangan dalam apa-apa saja pelantikan kerajaan membabitkan pemimpin UMNO.
Demikian tegas Ketua Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa, Datuk Nazir Akhtar Husin yang membidas kenyataan EXCO Armada Bersatu, Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir.
Katanya, tindakan Mohd Ashraf ‘mengherdik’ Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, kerana menghantar surat kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah kurang ajar dan semberono.
“Saya faham ramai berpendapat tidak elok berpolitik ketika COVID-19 ini. Namun Perdana Menteri sedang membuat pelantikan, maka mahu tidak mahu Ahmad Zahid perlu mengemukakan pandangan beliau,” katanya dalam hantaran menerusi Facebookny hari ini.
Soal beliau, apa salahnya Ahmad Zahid mencadangkan beberapa nama pemimpin UMNO Sabah supaya dipertimbangkan dalam agensi kerajaan dan GLC?
“Mustahillah semua nama tidak layak dipertimbangkan. Namun jika tidak layak pun jawablah secara adat orang berkawan, bukan menambah musuh.”
Bidasnya, jika Armada Bersatu lupa elok diingatkan bahawa Ahmad Zahid adalah antara orang yang menjayakan penubuhan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan meletakkan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.
“Jika Armada Bersatu lupa lagi eloklah diingatkan bahawa BN mempunyai 39 kerusi Parlimen dan merupakan antara parti komponen terbesar PN sekarang.
“Justeru saya nasihatkan Armada Bersatu jangan masuk campur dalam hal membabitkan urusan tertinggi parti. Ukur baju di badan sendiri sebelum menunding jari. Sedarlah kerajaan ini seperti telur dihujung tanduk sahaja.
“Kalau mengurus masalah biar seperti menarik rambut dari tepung. Takut nanti kerana pulut santan binasa, kerana mulut kerajaan binasa,” tegasnya lagi.
Terdahulu Mohd Ashraf dilapor menggesa Ahmad Zahid supaya tidak campur tangan dalam urusan pentadbiran Muhyiddin kerana menjadi “hak prerogatif perdana menteri” untuk membuat lantikan dalam GLC.
“Maka sifat gila kuasa seakan UMNO sahaja yang layak adalah suatu perlakuan yang tidak mencerminkan keharmonian dalam gabungan dan ini tidak seharusnya ditonjolkan,” katanya sebagaimana dilapor dalam suatu kenyataan semalam. – UMNO Online
Armada ni betul2 macam budak hingusan, tapi cepat menyombong bila partinya diberi kuasa. Ingatkan si Sadiq saha yang tolol, rupanya exco nya pun lagi bengap. Tak sedar diri, parti Bersatu “dinaikkan” oleh Umno dan Pas dan boleh dijatuhkan bila2 masa jika mau. Tetapi oleh kerana President Bersatu, TS Muhyiddin dilihat menjalankan tanggunjawab sebagai PM yang cemerlang, Muafakat Nasional memberikan sokongan padu kepadanya. Oleh itu, ikan2 bilis Armada kena belajar menghormati Umno dan Pas bila nak berborak kosong.