Bayar zakat fidyah dalam talian tepati hukum syarak

Umat islam digalak membayar zakat fitrah secara dalam talian memandangkan ia lebih mudah dan selaras dengan pematuhan perintah kawalan pergerakan, (PKP)

Menurut Setiausaha Kehormat Panel Undang-Undang, Majlis Dakwah Negara, Dr Nurul Haq Shahrir, kaedah bayaran zakat fitrah itu menepati hukum syarak yang ditetapkan.

“Lafaz akad zakat itu sunat, bukan sesuatu yang wajib dan kalau kita tidak melafazkan zakat fidyah yang dibayar tetap sah. Bersalam itu memang tiada dalam syarak ,ia lebih kepada amalan budaya masyarakat.

“Saya rasa antara hikmah PKP dikuatkuasakan adalah kita boleh bezakan mana hukum syarak, budaya dan adat yang sering dikaitkan dengan agama,” katanya kepada Astro AWANI.

Tambah Dr Nurul, umat Islam perlu mematuhi aspek penjarakan sosial sekiranya pembayaran zakat fitrah di kaunter biasa dibenarkan.

Antara negeri yang menyediakan pembayaran atas talian adalah Johor dan Perak menerusi Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) dan juga Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk).

Awani

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker