COVID -19 : Hishammuddin Zahir Ucapan Terima Kasih Kepada Bantuan Perubatan UAE
Menteri Luar Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein menzahirkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang menghulurkan bantuan peralatan perubatan kepada Malaysia hari ini.
Menerusi catatannya di laman Facebook rasmi, Hishammuddin berkata semua peralatan perubatan berupa kit ujian COVID-19 itu, akan diserahkan terus kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) untuk diagihkan kepada pihak yang memerlukan, khususnya petugas barisan hadapan.
“Saya juga bersyukur kerana susulan perbualan telefon saya dengan Menteri Luar Negeri UAE, Sheikh Abdullah bin Zayed Al-Nahyan tempoh hari, selain bantuan peralatan perubatan yang kita terima hari ini, UAE dan Malaysia turut bekerjasama rapat dengan berkongsi maklumat, kepakaran serta strategi untuk memerangi #COVID19.
“Perkongsian (maklumat) ini termasuklah melalui video conference yang diadakan setiap hari melibatkan Taskforce Covid-19 Wisma Putra dengan kepimpinan tertinggi Kerajaan UAE,” katanya.
Hishammuddin juga berharap kerjasama erat ini berupaya membantu kedua-dua negara menangani krisis ini dengan sebaik mungkin.
Setakat tengah hari tadi, sebanyak 156 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes yang positif di negara ini sebanyak 2,626 kes dengan 37 kes kematian sehingga ini.- BERNAMA
Inilah hikmah bila kerajaan PH yang ‘good-for-nothing” tumbang sendiri dan diambilalih oleh Perikatan Nasional. Kalau dulu banyak negara2 luar seperti China, India, Semenanjung Arab dll meluat dan menjauhkan diri sementara pelabur asing tak sabar2 bawa modal mereka lari dari Malaysia, kini belum pun duabulan berduyun2 negara luar mahu menyambung semula hubungan dengan negara ini. Lihat saja bantuan berjuta ringgit alat2 dan perkakas2 bantuan tiba ke negara ini, diderma oleh China dan kini UAE, serta individu2 kaya seperti Tawkey Ali Baba, Jack Ma dan lain2. Semangat tinggi dan dedikasi penjawat2 awam terutama yang bertugas di barisan hadapan menghadapi wabak Covid-19 serta sumbangan dan pujian2 dari segenap lapisan masyarak , menandakan rakyat sangat percaya dan menyokong penuh kerajaan baru PN yang diterajui oleh TS Muhyiddin.