Bantuan Prihatin Nasional : Dahulukan Maklumat Penerima Sedia Ada, Tidak Perlu Tunggu Penghujung April – Asyraf
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata ramai yang mengadu agar Bantuan Prihatin Nasional disegerakan.
Menurut beliau ianya tidak perlu tunggu sehingga penghujung April kerana hakikatnya terdapat ramai yang susah apabila tidak dapat keluar bekerja dan sebagainya lagi.
“Ramai yang mengadu kepada pihak Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia bahawa Bantuan Prihatin Nasional perlu disegerakan.Tidak perlu tunggu sehingga penghujung April untuk disalurkan.
“Yang mana maklumat sudah sedia ada terutamanya di bawah kategori B40 seperti yang ada dalam senarai BSH dan BR1M terdahulu boleh terus disalurkan bantuan tersebut,” katanya menerusi catatan di facebook.
Tambah Asyraf lagi hakikatnya rakyat ramai yang susah apabila tak dapat keluar bekerja.
“Ini tidak termasuk yang dicutikan tanpa gaji sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKPD) malah yang diberhentikan kerja kerana majikan pun sudah tidak berkemampuan.
“Jangan nanti rakyat mengeluh Pakej Rangsangan Prihatin Rakyat hanyalah indah khabar dari rupa,” ujarnya.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini telah menumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) bernilai RM250 bilion untuk membantu rakyat yang terkesan akibat penularan wabak Covid-19.
Jelas beliau, daripada jumlah yang diumumkan itu, hampir RM128 bilion disalurkan untuk melindungi kebajikan rakyat, RM100 bilion untuk menyokong perniagaan termasuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan RM2 bilion untuk memperkukuh ekonomi negara.
Jumlah itu adalah tambahan sebanyak RM20 bilion lagi telah diumumkan dalam pakej rangsangan sebelum ini.- UMNO Online
https://mykmu.net/2018/04/10/rafidah-aziz-yang-meracau/
You must be logged in to post a comment.