Persatuan perubatan gesa peniaga kuat kuasa peraturan jarak sosial

Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) hari ini menggesa peniaga membantu menguat kuasakan penjarakkan sosial di premis mereka bagi membendung penyebaran Covid-19, yang kini mengorbankan 24 nyawa dan menjangkiti 2,031 orang.

Dalam satu kenyataan, Presiden MMA Dr N Ganabaskaran berkata penjarakkan sosial masih tidak diamalkan di beberapa pasar, pasar raya kecil dan sederhana dan kedai runcit.

Ini, menurutnya, akan meningkatkan risiko kluster baru Covid-19 yang mungkin menyebarkankan lagi jangkitan.

Ganabaskaran berkata penguat kuasaan diperlukan di kawasan itu, sambil menambah pihak berkuasa mungkin tidak dapat menempatkan pegawai penguatkuasa ke setiap kedai.

“Justeru, jika ada kemungkinan pelanggan bertambah, kedai perlu mengambil langkah untuk mencuba dan mengatur aliran lalu lintas dan memastikan pelanggan mereka bekerjasama dalam memastikan penjarakkan sosial.”

Beliau berkata, kesedaran dalam kalangan pemilik kedai juga penting supaya mereka dapat memaklumkan kepada pelanggan untuk memastikan jarak selamat 1 meter seperti yang diamalkan di beberapa rantaian pasar raya yang lebih besar.

Ganabaskaran berkata kerajaan negeri dan majlis perbandaran boleh memainkan peranan penting dalam mendidik masyarakat mengenai kepentingan penjarakkan sosial menerusi kain rentang yang ditempatkan di lokasi strategik, termasuk berhampiran dengan kedai dan simpang 3.

“Pembeli juga harus bersedia dengan menyediakan senarai barangan yang mereka perlukan sebelum pergi ke kedai.”

FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker