Pertumbuhan ekonomi Q4 Malaysia jatuh ke paras terendah – 3.6 peratus
Ekonomi Malaysia mencatatkan pertumbuhan 3.6 peratus pada suku keempat (Q4) berbanding 4.4 peratus tahun sebelumnya, kata Bank Negara.
Ia dikatakan kadar yang paling rendah dalam satu dekad lalu disebabkan pengeluaran kelapa sawit, minyak mentah dan gas asli yang jauh lebih rendah, dan kejatuhan eksport akibat perang perdagangan Amerika Syarikat-China.
Kadar pengembangan itu adalah jauh daripada unjuran 4.2 peratus seperti yang dibuat dalam tinjauan Reuters, dan lebih rendah daripada 4.4 peratus pada suku ketiga.
Pertumbuhan 2019 adalah pada 4.3 peratus. Angka itu adalah di bawah paras unjuran kerajaan iaitu pada 4.7 peratus dan yang paling lemah sejak 2016.
Bank Negara Malaysia berkata wabak koronavirus di China akan menjejaskan pertumbuhan negara pada 2020, khususnya pada suku pertama.
– Reuters
Mkini
You must be logged in to post a comment.