‘Saya dah cakap’ – TMJ buka mulut setelah lama berdiam diri
Tunku Mahkota Johor akhirnya bersuara hari ini selepas sekian lama berdiam diri dalam membuat komen mengenai isu politik, mengatakan beliau telah menjangkakan masalah yang melanda negara 2 tahun lalu.
Namun Tunku Ismail Sultan Ibrahim, berkata beliau diminta untuk “melakukan sesuatu” susulan kebimbangan mengenai penularan koronavirus dari China, mengatakan beliau diberitahu untuk tidak campur tangan dalam urusan politik.
“Saya ingin memberitahu serta mengingatkan kepada anda semua sepanjang 2 tahun ini, setiap hari banyak aduan disampaikan kepada saya berkenaan isu pentadbiran, agama, perkauman, ekonomi dan baru-baru ini mengenai kesihatan.
“Dua tahun lalu saya telah memberi pandangan saya tetapi dinasihatkan oleh rakyat supaya tidak masuk campur tangan. Ketika itu rakyat yang saya bela sendiri menyarankan agar untuk saya berdiam dan tidak masuk campur urusan politik dan kerajaan. Saya sanggup dicaci, dimaki untuk membela kedaulatan negeri Johor dan rakyat seluruh negara,” katanya yang lebih dikenali sebagai TMJ di facebooknya.
Beliau kelihatan merujuk kepada serangannya terhadap Dr Mahathir Mohamad pada pilihan raya umum pada 2018, di mana beliau memberi amaran kepada pengundi supaya tidak mengubah kerajaan kerana keadaan masih boleh diperbaiki.
“Jika kapal ini telah berjalan dengan baik selama berpuluh tahun dan mempunyai masalah oleh kerana nakhodanya yang bermasalah, tidak perlu tukar kepada enjin yang baru. Duduk di dalam kapal yang sama, dan membimbing nakhoda tersebut dan beritahu ke mana kita mahu pergi,” katanya ketika itu.
Tunku Ismail berkata beliau telah menjangkakan masalah semasa yang dihadapi rakyat.
“Hari ini saya berharap anda semua sedar iaitu apa yang saya jangkakan 2 tahun lalu telah terjadi pada hari ini,” katanya.
Komennya hari ini kelihatan komen umum yang kritikal terhadap kepimpinan politik negara, lebih 7 bulan selepas Mahathir melabelnya sebagai “budak kecil” dan “bodoh” pada Mei tahun lalu.
Ia susulan persengketaan terbuka mereka selepas komen Mahathir mengenai kuasa istana dalam pelantikan menteri besar baru, berikutan peletakan jawatan Osman Sapian pada Mac tahun lalu.
Hubungan antara Mahathir dan istana Johor tidak pernah mesra selepas Mahathir menolak pindaan perlembagaan pada 1990-an untuk menghalang imuniti raja-raja Melayu daripada dikenakan dakwaan jenayah.
Namun pada awal tahun lalu, Mahathir bertemu bapa TMJ, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Istana Bukit Serene, di mana Sultan Johor mengambil langkah yang jarang berlaku apabila menghantar Mahathir ke lapangan terbang menaiki kereta Proton Saga edisi pertama.
TMJ berkata walaupun diberitahu untuk tidak membincangkan hal pentadbiran, beliau akan melakukan apa sahaja yang mampu “kerana itu adalah sumpah saya ketika saya ditabalkan sebagai Tunku Mahkota Johor”.
FMT
mmg lah atok x suka sultan2 raja2 …..sebab mereka ini jasi penghalang kepada atok dan kroni2 atok untuk menjarah tanah2 negeri mereka dan menggambil hasil masul harta negeri mereka sesuka hati mereka…semacam hasil masul negeri2 itu mak bapak atok yg punya….atok ajak rakyat sokong dia melawan sultan2 raja2….termasuk ler ydp agong…..supaya raja2 sultan dan ydp agong takut dan gentar kepada dia dgn gunakan kuasa dan rakyat….pandai tak atok masa tu