#PrkKimanis : Rakyat Harus Terjemahkan Kemarahan Melalui Peti Undi
Ketua Penerangan UMNO Malaysia Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, pengundi di Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis harus menterjemahkan rasa tidak puas hati mereka kepada kerajaan negeri Sabah dengan mengundi Barisan Nasional (BN) sebagaimana yang dilakukan oleh pengundi di Tanjung Piai.
Jelas beliau, dengan kelemahan dan pelbagai janji kosong parti Warisan dan PH khususnya, sudah tentu rakyat kini sedar pembohongan serta penipuan yang dijaja selama ini.
“Apatah lagi dengan pelbagai masalah termasuk isu Pas Sementara Sabah (PSS), ini semua bukti Kerajaan Sabah lebih membela PATI dari rakyat Sabah sendiri,” ujar beliau kepada UMNO Online selepas beramah mesra dengan jentera di PDM Lumat malam tadi.
Selain itu Dr Shamsul Anuar turut menegaskan bahawa PRK Kimanis ini amat penting kerana parti yang bertanding kerana ia melibatkan parti kerajaan negeri dan pasti mendapat liputan yang meluas.
“Kalau di Tanjung Piai kita berhadapan dengan parti Perdana Menteri iaitu PPBM yang bertanding mewakili PH dan BN walau dalam serba kekurangan namun mampu mencipta kemenangan, kini di Kimanis kita juga menentang wakil daripada Ketua Menteri.
“Maka sudah pasti PRK ini menjadi tumpuan pelbagai pihak. Jadi, PRK ini sangat penting untuk kita membuktikan bahawa BN dan UMNO masih diterima di Sabah,” ujar beliau lagi.
Justeru katanya, semua jentera harus bekerja bersungguh-sungguh untuk mendekati pengundi tanpa mengira siapapun supaya mereka terus menyokong BN.
“Saya percaya kita mampu lakukannya sebagaimana di Tanjung Piai. Oleh itu, kita mesti kerja secara berpasukan kerana dengan cara ini ia akan memberi kekuatan kepada kita.
“Saya juga sangat bangga kerana jentera di sini begitu ikhlas bekerja untuk BN. Walau kita serba kekurangan ia bukan pemghalang untuk kita mencipta kemenagan… saya harap kita kekalkan kekuatan jentera kita, ini sangat penting untuk PRK ini,” tegas beliau. – UMNO ONLINE
You must be logged in to post a comment.