Kerajaan Setuju Selesai Saman Pemecatan Tidak Sah bekas Peguam Negara, Mohamed Apandi – Peguam

Kerajaan Setuju Selesai Saman Pemecatan Tidak Sah bekas Peguam Negara, Mohamed Apandi – Peguam

Tan Sri Mohamed Apandi Ali telah bersetuju menyelesaikan tuntutan samannya terhadap kerajaan dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad atas penamatan khidmat beliau sebagai Peguam Negara sebelum ini, yang didakwa sebagai tidak sah.

Memetik laporan Free Malaysia Today, perkara itu dimaklumkan oleh Peguam Mohamed Apandi, Datuk Baljit Singh.

Jelas Baljit Singh, penyelesaian itu direkodkan di hadapan hakim Mahkamah Tinggi Akhtar Tahir hari ini.

“Kerajaan, tanpa prejudis, telah bersetuju untuk menyelesaikan saman itu tanpa pengakuan liabiliti.

“Kami tidak boleh mendedahkan syarat penyelesaian,” katanya memetik laporan tersebut.

Pada September 2020, Mohamed Apandi memfailkan saman meminta pengisytiharan bahawa penamatan khidmatnya sebagai Peguam Negara oleh Dr Mahathir pada 2018 dilakukan secara salah.

Pernyataan tuntutan, Mohamed Apandi yang merupakan Hakim Mahkamah Persekutuan sebelum dilantik sebagai Peguam Negara pada 2015, antaranya menuntut perisytiharan bahawa defendan pertama telah menyalahgunakan kedudukannya.

Selain itu, defendan pertama telah mendorong berlakunya pelanggaran kontrak antara beliau dan kerajaan Malaysia.

Mohamed Apandi memohon ganti rugi khas RM2,233,599.36, ganti rugi am dan teladan, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.-AA

Kerajaan Setuju Selesai Saman Pemecatan Tidak Sah bekas Peguam Negara, Mohamed Apandi – Peguam

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pencuri telefon kena ‘smackdown’, tewas di tangan wanita

Gadis cantik jadi buruh sanggup pikul simen

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker