Gigi Hadid ditahan bawa marijuana ke Pulau Cayman

Gigi Hadid ditahan bawa marijuana ke Pulau Cayman

PERAGAWATI terkenal Gigi Hadid mengejutkan dunia hiburan apabila ditahan kerana memiliki dadah jenis marijuana di Pulau Cayman.

Penahanan tersebut berlaku selepas pihak berkuasa kastam menggeledah bagasinya sebelum menemui sejumlah kecil marijuana, di Lapangan Terbang Antarabangsa Owen Roberts lapor E!Online.



Menurut kronologi kes, Gigi datang ke Pulau Cayman menaiki jet peribadi bersama kawannya pada 10 Julai lalu.

Penemuan marijuana tersebut telah membuatkan Gigi ditahan dan dibawa ke pusat tahanan.

Gigi dan kawannya kemudian didakwa atas pemilikan dadah pada 12 Julai lalu.

Mereka mengaku bersalah sebelum membayar denda sebanyak AS$1,000.



“Gigi telah pergi bercuti dengan membawa dadah jenis marijuana yang dibeli secara sah di New York.

“Pembelian tersebut juga mempunyai lesen perubatan,” kata kenyataan yang dikeluarkan pihak model tersebut.

Kenyataan tersebut juga mendakwa: “Ia juga sah digunakan atas tujuan perubatan sejak tahun 2017.

“Jadi rekod Gigi bersih dan sedang menikmati percutiannya di pulau tersebut.” Gempak



Gigi Hadid ditahan bawa marijuana ke Pulau Cayman

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nak jadi janda sekejap saja – Puteri Sarah



Baby Shima dikafirkan kerana mahu saman pemimpin PAS dan PU Syed

Tak segan cium Alif Hadi, Yasmin Hani undang kecaman (Video)



Gangguan seksual terhadap Rara, laporan polis dibuat



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker