Kalau UMNO Tak Ada, Buat Parti Lambang Teksi Sajalah, Mungkin Menang

Banyak diperkatakan hari ini tentang kononnya “UMNO dah takde” walaupun UMNO sebenarnya masih ada.  Di kedai-kedai kopi, sudah ada yang membayangkan dari kenyataan itu, apa yang akan berlaku selepas ini.

“Nak bagi UMNO haram lagi sekalilah ke tu?”, tanya mereka.  Ini borak kedai kopilah kan. Walaupun kedai kopi, borak tu macam ada asas – melihat kepada keadaan sama yang berlaku sebelum ini, mula-mula cakap merapu lebih kurang macam itu, kemudian betul-betul kejadian berlaku.

Pada hemat saya sendiri, benda ini bukanlah masalah mana pun.  UMNO haram, UMNO halal, UMNO ada, UMNO takde, UMNO lama, UMNO baru, apa-apa sajalah.  Kata seniman, apa ada pada nama ye tak?

Kalau betul penyudahnya esok UMNO takde, apa susah, kita buat parti lambang teksi sajalah sebab dengan apa yang berlaku beberapa hari lepas, mungkin boleh menang kita dalam pilihanraya.   Ironinya, nak bela nasib satu golongan itupun terkial-kial, ada hati nak bela nasib bangsa secara keseluruhannya.



Justeru, yang penting sekarang ini agar semua ahli UMNO beringat, kalau betul berlaku seperti yang dibayangkan di kedai kopi itu, motifnya mungkin politik saja, bukan sebab UMNO ni parti tak baik atau tidak memperjuangkan Melayu seperti yang dikatakan.

Rekod kita sejak merdeka membuktikannya, tak baik macam mana pulak?

Lagipun menurut dari beberapa komen netizen di media sosial, sasarannya bukan ahli-ahli UMNO sangat pun, tapi wakil-wakil rakyat UMNO di Parlimen nun.  Puyu nak baham jerung yang kita cakapkan ni. Sebab itu ahli UMNO jangan cepat teruja seolah-olah mereka begitu berharga, sebenarnya nak kena “guna” saja.

Pendek kata, ini semua cabaran.  UMNO tak tegak sebab benda-benda yang boleh dimanipulasi orang, UMNO tegak atas semangat perjuangan membela nasib bangsa dan agama – yang ini, depa nak haram macam mana?



Hidup UMNO!!

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker