Parti Bangsa Malaysia mahu bincang sertai BN

Parti Bangsa Malaysia mahu bincang sertai BN

Dua belas bahagian Parti Bangsa Malaysia (PBM) mengusulkan agar parti mereka menyertai gabungan BN bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-15.

Presiden parti itu yang baru dilantik Larry Sng, berkata usul itu telah dipersetujui barisan kepimpinan baru parti dengan sesi perbincangan lanjut dengan Majlis Tertinggi BN akan diadakan dalam masa terdekat.

“Hal ini kerana kami melihat PBM mampu menjadi pilihan parti berbilang kaum dalam gabungan BN bagi memenangi seberapa banyak kerusi campuran penting di semenanjung dan Sabah.

“Ditambah dengan BN terbukti mempunyai urus tadbir parti yang stabil selain dianggap koalisi paling berpengalaman mentadbir negara, keputusan PBM untuk menjadi sebahagian parti komponen BN dianggap strategi tepat,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Sng, yang juga Ahli Parlimen Julau, berkata mereka juga akan menghubungi Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi.

PBM kebanyakannya terdiri daripada bekas pemimpin PKR yang sealiran dengan Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin.

Ini termasuk beberapa pemimpin dan dua Adun yang menyertai Bersatu selepas Langkah Sheraton pada 2020.

Spekulasi bertiup kencang bahawa Azmin dan Zuraida juga mungkin menyertai PBM. Mk

Parti Bangsa Malaysia mahu bincang sertai BN


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Ada apa dengan 11 Mac, 19 April dan 17 September?

Pelakon Indonesia, Cassandra Angelie kantoi melacur

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker