Selamat ke kami ni – penduduk Kampung Iboi

Selamat ke kami ni – penduduk Kampung Iboi

Baling: Penduduk Kampung Iboi dan Padang Empang serta beberapa kampung berdekatan di Mukim Kupang meminta supaya status keselamatan kawasan di Sungai Kupang segera diisytiharkan sebagai selamat atau sebaliknya.

Penduduk mendakwa kehidupan mereka tidak tenteram lagi apabila dilanda banjir kilat kali ketiga dalam tempoh dua bulan.

Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Amal Iboi (PKAI), Dr Mohd Syuhaimi Zakaria, berkata penduduk telah menghantar satu memorandum bantahanmengenai tragedi Gunung Inas dan diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, memorandum itu mengandungi lima perkara asas yang penting untuk menyelamatkan Gunung Inas supaya ia dipulihara dan dijaga sebagai khazanah alam yang kekal.

“Antara lima perkara itu termasuk keselamatan, ekonomi, alam sekitar, kebajikan dan kesihatan.

“Dalam memorandum itu penduduk meminta ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk meneliti keseluruhan projek dan pihak yang berwajib supaya membuat siasatan secara menyeluruh dan lebih telus,” katanya ketika dihubungi.

Dr Syuhaimi berkata, dalam tempoh dua bulan tiga kali berlaku banjir kilat yang teruk termasuk tragedi kepala air sehingga merosakkan banyak harta benda penduduk.

“Adakah pengumuman kerajaan baru-baru ini oleh Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA), yang membuat kesimpulan bahawa kejadian banjir di Kampung Iboi pada 4 Julai lalu berpunca fenomena proses geologi berangkai, hujan lebat, tanah runtuh, aliran dan banjir puing serta banjir lumpur.

“Tapi kejadian banjir Selasa lalu membimbangkan penduduk yang tinggal di kampung ini dan tidak ada jaminan keselamatan daripada kerajaan. Apabila berlaku banjir penduduk hanya diarah berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS),” katanya.

Menurutnya, penduduk meminta kerajaan persekutuan atau negeri perlu mengisytiharkan kawasan berkenaan selamat atau tidak untuk diduduki.

Beliau berkata, sebelum ini tidak pernah berlaku banjir seburuk itu meskipun hujan lebat lebih dua jam dan kini penduduk semakin takut dengan bencana banjir.

“Sejak projek durian Musang King bencana bertalu-talu di kampung ini,” katanya.

Seorang penduduk, Che Mah Abd Wahab, 70, dari Kampung Padang Empang, berkata sepanjang usianya inilah tragedi yang luar biasa berlaku dan yakin punca projek durian Musang King di Gunung Inas.

Katanya, penduduk yang tinggal berdekatan Sungai Kupang masih tertanya-tanya tentang keselamatan mereka dan bimbang dengan kejadian yang berlaku semalam.

Beliau berkata, hujan lebat walaupun satu jam sahaja air telah melimpah masuk ke rumah dan bimbang kejadian lebih buruk lagi.

“Adakah benar-benar selamat kami yang tinggal di sini. Hujan sekejap sahaja air melimpah dan tidak pernah berlaku seburuk ini, bayangkan dalam tempoh dua bulan tiga kali kena pindah,” katanya yang tinggal di PPS selepas rumahnya dimasuki air paras satu meter.

Katanya, setiap kali hujan lebat hati berdebar-debar kerana takut dengan tragedi yang berlaku tempohari berulang lagi.

Seorang lagi mangsa banjir, Khatijah Mat Sin,72,berkata dia terpaksa berpindah ke PPS kerana air masuk cepat dalam rumah.

Beliau berkata, air naik paras pinggang lalu mengambil keputusan berpindah lebih awal sebelum berlaku kejadian tidak diingini.

“Bimbang terperangkap kerana cuaca gelap saya lari berpindah ke dewanberdekatan yang terletak lebih tinggi daripada sungai.

“Dulu dah cuci rumah kerana penuh lumpur kali ni sampah sarap dan selut mesti penuh dalam rumah,” katanya. HM

Selamat ke kami ni – penduduk Kampung Iboi


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Lizzy bikin panas lagi

Dah halau dari Rembau, jangan halau dari KKM pula – Khairy

Pasangan kekasih ditemui mati dalam Perodua Kancil

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker