Seorang kanak-kanak Gaza maut setiap 10 minit

Seorang kanak-kanak Gaza maut setiap 10 minit

Pertubuhan amal kanak-kanak antarabangsa, Save The Children mendedahkan bahawa seorang kanak-kanak di Gaza terbunuh dalam masa setiap 10 minit berikutan peningkatan serangan tentera Israel, lapor Badan Penyiaran Britain (BBC) semalam.

Bercakap kepada BBC dari Baitulmuqaddis, Pengarah Save The Children, Jason Lee berkata, daripada 20,000 orang awam yang cedera, satu pertiga ialah kanak-kanak.

Tambahnya, kes penyakit berjangkit turut meningkat berikutan keadaan yang semakin sesak selain kekurangan amalan kebersihan.

Beliau turut menyatakan kebimbangan mengenai penularan wabak influenza.

“Doktor-doktor bedah terpaksa melakukan prosedur pembedahan tanpa ubat bius.

“Mereka terpaksa menggunakan lampu telefon bimbit untuk di kemudahan kesihatan.

“Mereka juga semakin kehabisan peralatan utama perubatan seperti kain balut, manakala kira-kira 130 bayi pramatang yang ditempatkan di dalam inkubator kini berisiko meninggal dunia,” ujar Jason.

Persatuan Palang Merah Antarabangsa menyifatkan situasi kemanusiaan di Gaza sebagai mengejutkan sambil menambah dalam catatan media sosial yang berbunyi: “Malah peperangan sekali pun mempunyai batasan kemanusiaan.” K Online

Seorang kanak-kanak Gaza maut setiap 10 minit

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Achey guna populariti anak demi lariskan bisnes?

Penyertaan dalam FD3 macam sampah, ini kata Ryan Bakery

Nabil gurau ‘face shaming’ pulak kali ini

Leona dikecam nampak lurah, Azhar Sulaiman ‘back up’

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker