Influenza A lebih sakit daripada COVID-19 – Yana

Influenza A lebih sakit daripada COVID-19 – Yana

Pelakon dan pengarah, Yana Samsudin berkongsi keadaan mereka sekeluarga yang dijangkiti virus Influenza A.

Menerusi hantaran dimuat naik di Instagram (IG), Yana atau nama sebenarnya Nurliana Samsudin, 39, memaklumkan pengalaman dijangkiti virus itu lebih dahsyat daripada terkena jangkitan COVID-19.



“Ya Allah… sakitnya lebih dari COVID-19. Sakit kepala, gigi, sendi dan semualah.

“Nasib #EnKetuaRumah tak buat hal, kalau tak bertambah pulak sakit hati kita ni,” tulis Yana.

Melalui hantaran sama, Yana turut mendedahkan dua anaknya iaitu Aisy Mateen, 7 dan Aura Aisy Sofiea, 3, terlebih dahulu dijangkiti virus itu.

“Itulah Yana dah pesan ngan anak anak, kalau nampak ada orang demam, lari je dan jangan main ngan dia tapi mereka main juga.



“Dah terbaring dua beradik tu kena Influenza A, seminggu kuarantin.

“Yana pula dah cuba asingkan tempat tidur. Rajin pula budak dua orang ni datang melawat mommy dia, dah berjangkit kita pula,” kongsi pelakon Adnan Sempit ini.

Dalam pada itu, penyanyi Hingga Hujung Nyawa ini turut meluahkan rasa syukur kerana suaminya, Fadzil Zahari tetap bertenaga meskipun dalam keadaan yang tidak sihat.

“Dia yang paling steady rasanya, memandu beratus kilometer pergi Lumut, kemudian ke Penang, Yong Peng dan balik ke Shah Alam semula.



“Malam kemudiannya bawa Mateen pergi klinik. Malam esoknya pula bawa Yana pergi klinik.

“Kami balik rumah dah tumbang. Dia ke pejabat lagi, petang kemudiannya baru nampak dia lesu.

“Balik pejabat mandi selepas itu berselera pula makan, orang sakit patutnya tak selera makan,” cerita Yana.

Sementara itu, meninjau ruangan komen, ramai pengikut termasuk rakan selebriti mendoakan semoga Yana sekeluarga segera sembuh. BH



Influenza A lebih sakit daripada COVID-19 – Yana

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mana Malique sembunyi?



Hanya saya dan Aslam saja tahu perkara sebenar – Marissa Dania

Aslam, jom jumpa



Konsert bercampur lelaki wanita di Jom Heboh KB, Kerajaan PAS Kelantan membisu

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker