Peniaga Bazar Ramadan Taman Medan bergaduh lagi

Tujuh individu ditahan susulan perselisihan faham berkaitan tapak bazar Ramadan di Taman Medan, di sini, berpunca daripada pertengkaran dua peniaga.

Ketua Polis Petaling Jaya Shahrulnizam Jaafar@Ismail berkata, kejadian itu bermula daripada seorang wanita menjual jus tembikai berselisih faham dengan seorang peniaga popia pada Selasa lalu.

Katanya, kekecohan berlaku apabila peniaga lelaki itu memukul wanita terbabit menggunakan sebatang besi kerana mendakwa penjual jus berkenaan masuk ke tapak perniagaannya.



“Mereka kemudian dibawa ke balai polis, sebelum kedua-duanya ingin menyelesaikan secara baik kerana sudah lama kenal,” katanya menurut Harian Metro.

Beliau berkata disebabkan masih tidak berpuas hati, anak-anak peniaga lelaki itu menyerang anak saudara wanita terbabit yang sedang berniaga menyebabkan rusuhan tercetus pada 5.30 petang semalam.

Susulan itu, katanya, empat lelaki dan tiga wanita berusia 20-an hingga 40-an direman dua hari hingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Shidee yang ditahan polis



Safee Sali mengaku kahwin lain

Hans Isaac tak malukah – PN



Lantikan penjawat awam baharu setara sistem pencen

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker