Sharifah Sakinah bakal tamatkan zaman jandanya, nikah dengan “Mat Salleh” 25 Mei depan

Pelakon sensasi, Sharifah Sakinah akan menamatkan zaman janda apabila bakal berkahwin dengan jejaka kelahiran Sweden, Michael Hansen pada 25 Mei tahun hadapan.

Kata Sakinah atau nama lengkapnya, Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired, tarikh tersebut dipilih kerana sangat istimewa buat dirinya dan Michael.

“Tarikh itu dipilih kerana merupakan tarikh lahir saya dan Michael. Kami berkongsi tarikh lahir yang sama.

“Seperti yang dijanjikan, kalau betul ada benda yang baik, saya akan umumkan. Tapi kita tak tahu lagi sama majlis akan diadakan di Kuala Lumpur atau di Sweden. Masih 50-50 sebab dalam perbincangan dengan Covid-19 yang masih belum reda,” katanya dalam satu temu bual program televisyen.

Kata pelakon drama KL Gengster Underworld 2 itu, dia tidak akan berpindah ke Sweden kerana masih ingin berlakon di negara ini.



“Apa pun, saya takkan berpindah ke sana sebab minat saya ialah berlakon dan saya ingin bekerja di sini.

Sahkan bercerai. Sharifah Sakinah komen bekas suami guna aplikasi ‘dating’

“Ia (hubungan) akan jadi macam hubungan jarak jauh. Saya akan pergi sana untuk bercuti dan begitu juga dia (Michael),” ujarnya.



Sakinah ketika dihubungi Kosmo! Online tidak menafikan perkara tersebut namun buat masa sekarang, apa yang dikongsikan dalam temu bual tersebut, itulah perancangannya.

“Maaf, saya sedang sibuk sedikit buat masa sekarang. Saya cuma harapkan doa yang baik-baik daripada orang ramai,” ujarnya ringkas.

Terdahulu, Sakinah bercerai dengan Afif Adha pada Mei lalu selepas mendirikan rumah tangga selama dua tahun dan mereka dikurniakan seorang anak perempuan. K Online

ADHD halang Sharifah Sakinah kembali pada pangkuan suami



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker