Malaysia tak hantar jemaah haji tahun ini

Malaysia tak hantar jemaah haji tahun ini
Malaysia tidak akan menghantar jemaah haji bagi Musim Haji 1442H.

Bernama memetik Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Mohamad sebagai berkata bahawa kerajaan Arab Saudi memutuskan bahawa ibadah haji musim 1442H dihadkan kepada warganegaranya dan penduduk negara lain yang berada di Saudi.

Urusan rakyat Malaysia yang sudah berada di sana untuk melaksanakan ibadah Haji akan diuruskan sebaiknya oleh Tabung Haji.



Sebelum ini Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) berkemungkinan besar hanya menghantar sejumlah 4,000 bakal jemaah ke tanah suci Mekah bagi menunaikan ibadah fardu itu pada musim ini.

Bayangan itu disuarakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri menerusi siaram Forum Perdana Ehwal Islam di TV1.

Malaysia tak hantar jemaah haji tahun ini


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET




Jemaah luar negara dibenar tunai haji tahun ini

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker