Nazri, KJ Bakar Kelambu Ummah!

Perkembangan terkini menyaksikan pahat semakin hingar bingar walaupun rumah Barisan Nasional (BN) telah siap untuk berperang. Apakah itu sememangnya suara ‘genuine’ Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dan Khairy Jamaluddin atau ada tangan dan bisikan ghaib di belakang yang memegang remote?

Ini sesuatu yang serius untuk kesemua ahli UMNO fikirkan. Khairy Jamaluddin hadir dalam Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Padang Rengas 2019 (kubu Nazri Aziz) dan mereka sama-sama membanting tulang mengkritik perlantikan Dato Seri Najib sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat BN.

Ianya pelik dan menghairankan. Budaya menjatuhkan pemimpin melalui ‘character assasination’ dan ‘demoralisation’ sinonim dengan Tun Mahathir.

Tun Mahathir dan Lim Kit Siang tidak pernah berhenti menghentam Najib walaupun tangan dan kakinya diikat dengan pelbagai dakwaan mahkamah yang sehingga hari ini tidak dapat dibuktikan.



Jelas, Tun Mahathir dan Lim Kit Siang ‘acknowledge’ Najib adalah figura terbaik yang menjadi aset terpenting BN bukan sahaja kerana beliau Perdana Menteri terbaik dari kesemua lima penyandang sebelumnya dicampur total, malah beliau adalah idola rakyat kerana kebaikan hati dan sifat kasih sayang yang dibuktikan melalui pelbagai inisiatif bantuan rakyat (terutamanya rakyat miskin) ketika pentadbirannya.

Najib mula dirindui rakyat tidak sampai enam bulan selepas kejatuhannya dan kini kelibatnya diekori dengan tangisan, teriakan dan pelukan.

Nazri Aziz dan KJ harus menerima hakikat bahawa rakyat tidak kejar Nazri Aziz atau Khairy Jamaluddin, tetapi Dato Seri Najib.

Keterujaan rakyat terhadap beliau adalah petanda tsunami besar akan melanda PH di PRU15 selepas penipuan dahsyat yang dilakukan mereka di PRU14.



Jika begitu, kenapa Nazri Aziz dan Khairy Jamaluddin menentang perlantikan Dato Seri Najib sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat BN? Apakah kerugian atau keuntungan yang mereka dapat?

Persoalannya, apakah jawatan tersebut atau Dato Seri Najib yang lebih besar pengaruhnya?

Agenda siapa yang membawa Nazri Aziz dan Khairy Jamaluddin bersatu menentang perlantikan Dato Seri Najib sedangkan sebelum PRU14 ‘to the best of my knowledge’ kedua-dua mereka tidak pernah akrab sama sekali.

Apakah Nazri Aziz yang berjalan berpimpin tangan dengan Guan Eng dalam skandal projek Terowong Bawah Laut Pulau Pinang bernilai RM6.3 billion membawa suara dan ‘influence’ DAP?



Jika Nazri Aziz benar-benar mahu BN bangkit, kenapa Nazri tidak pernah menghentam PH atau menuntut janji janji PH bagi pihak rakyat seperti yang dipraktikkan oleh Dato Seri Najib setiap hari sebaliknya menentang perlantikan Dato Seri Najib sahaja?

Nazri Aziz pernah bermati-matian menentang Perpaduan Ummah antara Pas dan UMNO kerana mahu UMNO bergabung dengan PKR dan DAP.

Malah, Nazri Aziz tidak pernah mengkritik PH sebaliknya menentang perlantikan Dato Seri Najib sahaja.

Saya percaya Nazri Aziz perlu lebih risaukan skandal Projek Terowong Bawah Laut Pulau Pinang berbanding perjuangan rakyat menuntut hak dari kerajaan penipu.



Sementara itu Khairy Jamaluddin yang memetik penulis Indonesia Khairil Anwar `aku ini binatang jalang’ pula mahu rakyat melihatnya sebagai budak nakal yang berniat ikhlas terhadap UMNO yang disayanginya.

Jika sayangkan UMNO, saya cadangkan Khairy perkuatkan UMNO dengan menyokong Presiden UMNO yang dipilih oleh ahli UMNO iaitu Dattuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

PH bukan lagi kerajaan tetapi sebuah rejim dengan strategi tersusun untuk menghancurkan UMNO. Baik Nazri Aziz mahupun Khairy Jamaluddin, kedua-duanya sedang membakar kelambu ummah.

ANINA SAADUDIN



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker