Remaja hilang, ayah tiri berdepan 11 tuduhan rogol

Suspek berusia 36 tahun direman seminggu sejak Ahad lalu bagi membantu siasatan kes rogol pelajar Tingkatan 4 sebuah sekolah menengah di Jasin.

Remaja hilang, ayah tiri berdepan 11 tuduhan rogol

Bapa tiri kepada remaja perempuan yang dilaporkan hilang sebelum ini, dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka, esok, atas 32 pertuduhan termasuk 11 kes rogol dan 12 melakukan amang seksual terhadap mangsa.

Ketua Polis Melaka, Zainol Samah, berkata suspek berusia 36 tahun direman seminggu sejak Ahad lalu bagi membantu siasatan kes rogol anak tirinya yang juga pelajar Tingkatan 4 sebuah sekolah menengah di Jasin.



Zainol berkata, siasatan kes itu selesai dan dirujuk kepada pengarah pendakwaan negeri (PPN) semalam bagi mendapatkan arahan lanjut.

Katanya, arahan diterima adalah untuk menuduh suspek atas 11 pertuduhan rogol mangsa bawah umur mengikut Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan (KK) dan 12 tuduhan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

“Suspek juga akan dituduh atas lapan pertuduhan mengikut Seksyen 377 CA KK iaitu melakukan perhubungan seks menggunakan objek dan satu pertuduhan rogol mengikut Seksyen 376(1) KK.

“Isteri suspek yang turut direman bagi membantu siasatan kes ini akan dijadikan saksi pendakwaan,” katanya menurut Berita Harian.



Mengulas lanjut, Zainol berkata, siasatan mendapati mangsa dirogol oleh ayah tirinya sejak awal Januari 2020 dan kejadian berlaku di bilik tidur mangsa pada tengah malam di rumah mereka di Taman Maju Jasin.

“Mangsa sedang tidur sebelum didatangi suspek yang bertindak menutup mulutnya dan merogol mangsa tanpa kerelaannya. Ketika kejadian ibu mangsa sedang tidur di biliknya,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan suami isteri terbabit ditahan polis sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (klia2) pada Sabtu lalu.

Suspek lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes rogol anak tirinya hingga menyebabkan mangsa melarikan diri akibat trauma, bulan lalu, manakala isterinya disyaki bersubahat menyembunyikan perbuatan suspek. FMT



Remaja hilang, ayah tiri berdepan 11 tuduhan rogol

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Saman Tetap Saman – Puteri Sarah



Kamu hancurkan sebuah masjid – Ibu Syamsul

Mak mentua yang dihalau muncul semula – Farid Kamil



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker