Wanita ‘suap’ kereta mewah ditahan SPRM

Wanita ‘suap’ kereta mewah ditahan SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman seorang wanita kerana disyaki memberi suapan kereta mewah bagi mendapatkan projek pengurusan fasiliti dan penyelenggaraan sebuah kementerian bernilai RM87 juta.

Menurut sumber, suspek berusia 30-an itu dipercayai pemilik syarikat penyelenggaraan dan pembersihan ditahan ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada 6.50 petang semalam.



“Suspek disyaki memberi suapan berupa kereta mewah RM200,000 kepada pegawai kanan kementerian terbabit pada tahun ini bagi mendapatkan projek pengurusan fasiliti dan penyelenggaraan bagi tempoh lima tahun yang diluluskan pada 2021,” katanya.

Perintah reman selama empat hari bermula hari ini hingga 29 September ini dikeluarkan oleh Majistret Aima Nabila Muhammad Azhar selepas SPRM membuat permohonan.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas Datuk Tan Kang Sai ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009. HM

Wanita ‘suap’ kereta mewah ditahan SPRM



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Diva AA bidas Diana – “Cakap saja kau dah stim tang Farid”



Engku Emran bercerai, nama Erra Fazira kena petik

Jika kepala tak betul, ekor pun tak betul – TMJ



GV10: Tak dapat Mamat sebab dia di tempat paling tinggi – Nabil

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker