Polis Kelantan tumpas kumpulan pecah cermin kereta, tahan 5 individu
Polis Kelantan tumpas kumpulan pecah cermin kereta, tahan 5 individu

KOTA BHARU: Polis negeri ini menumpaskan kumpulan pecah cermin kereta dan curi selepas menahan lima individu termasuk dua wanita menerusi tiga serbuan berasingan tengah malam tadi.
Semua suspek ditahan di tiga lokasi berasingan jam 12.30 tengah malam di Rantau Panjang dan Pasir Puteh.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, berkata tangkapan dilakukan susulan kejadian terbaru jam 7.30 pagi kelmarin di Pasir Puteh membabitkan kerugian lebih RM1,000.
Katanya, menerusi tangkapan berkenaan, polis merampas pelbagai barangan termasuk 18 buah telefon bimbit, 11 beg duit, 41 beg tangan dan beg galas pelbagai jenama dan tujuh utas barang kemas.
“Lima suspek yang ditahan membabitkan tiga lelaki tempatan dan seorang wanita tempatan serta seorang wanita warga Thailand dengan semua mereka berusia 32 hingga 54 tahun.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Saarani Bertemu Masyarakat India Kota Tampan, Suburkan Semangat Kebersamaan
- Kerajaan Negeri Johor Akan Terus Komited Pastikan Kebajikan Golongan Ibu Tunggal Sentiasa Terbela
- Yayasan Pahang Terima Anugerah Anti-Rasuah, Bukti Berwibawa Angkat Nilai Integriti
“Menerusi tangkapan berkenaan, polis berjaya menyelesaikan lapan kes pecah cermin kereta di Kelantan dan Terengganu membabitkan kerugian RM32,200,” katanya menerusi kenyataan media di sini, hari ini.
Mohd Yusoff berkata, semakan turut mendapati, tiga suspek lelaki mempunyai rekod jenayah dan dadah manakala suspek wanita tidak mempunyai rekod jenayah.
“Ujian saringan air kencing juga mendapati dua suspek lelaki positif dadah jenis methamphetamine dan kesemua suspek direman empat hari.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” katanya.
Polis Kelantan tumpas kumpulan pecah cermin kereta, tahan 5 individu
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Hari Wilayah … Rai Semangat Kebersamaan, Kepelbagaian Dan Daya Tahan
- Hari Wilayah Persekutuan 2026: Perkukuh Kebersamaan, Perteguh Masa Depan Negara – Ahmad Zahid
- MINDEF Komited Sokong Usaha Murni Berteraskan Ilmu, Muafakat
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
UMNO Perlu Keluar Dari Zon Selesa, Cipta ‘Keluarbiasaan’ – Ahmad Zahid
You must be logged in to post a comment.