Bekalan air terawat, Perak akan penuhi permintaan P. Pinang

enteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad (kiri) dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.

Perak akan membekalkan air terawat ke Pulau Pinang berikutan perjanjian yang dicapai semalam, kata Menteri Besar Perak Saarani Mohamad.

Saarani berkata loji rawatan air yang baru akan dibina di Kerian, utara Perak.

Katanya, perjanjian antara dua negeri itu juga akan memberi manfaat kepada Perak kerana ia akan menyelesaikan isu pengairan pertanian dan membekalkan air untuk Taman Teknologi Tinggi yang sedang dibangunkan di kawasan Kerian.

“Kerajaan Perak dan Kerajaan Pulau Pinang sudah mencapai kata persetujuan iaitu Perak akan membekalkan air terawat ke Pulau Pinang, bukan air mentah.

“Ia disebabkan yang pertama memang kerajaan negeri sendiri nak memindahkan air ke utara Perak sebab kita nak membantu menyelesaikan masalah pengairan pertanian bagi utara Perak.

“Kedua, apabila Perdana Menteri (Anwar Ibrahim) mengumumkan cadangan penubuhan Taman Industri Teknologi Tinggi di Kerian, bermakna kita perlu juga memberi bekalan air yang mencukupi untuk tujuan perindustrian itu,” jelas menteri besar itu kepada pemberita di Manjung, Perak hari ini.

Ketika ini, Sungai Muda yang mengalir dari Kedah membekalkan 80 peratus keperluan air Pulau Pinang dan negeri tersebut sedang meneroka sumber air lain.

Pentadbiran Kedah yang dikuasai PN menimbang untuk mengenakan bayaran RM50 juta setahun untuk Pulau Pinang mendapatkan bekalan air dari Sungai Muda.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Khaibar, Khaibar Ya Yahud, Jaysu Muhammad Saufa Ya’ud

Gambar lucah AI, Anna Jobling beri amaran

TMJ Tuju Kepada Ahli Politik Mana?

Ameera Khan dikritik tayang produk pro Israel

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker