Bekas teman wanita pemain bola sepak Sabah ditahan

Bekas teman wanita pemain bola sepak Sabah ditahan

KOTA KINABALU: Polis menahan seorang wanita yang dipercayai merosakkan pintu rumah bekas teman lelakinya yang juga pemain bola sepak Sabah, malam tadi.

Wanita itu ditahan pada jam 8 malam bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, penahanan itu dibuat susulan daripada laporan polis yang dibuat pemain bola sepak berkenaan pada Sabtu lalu.

“Pengadu memberitahu bahawa pintu rumahnya telah dirosakkan oleh bekas teman wanitanya.

“Suspek kemudian ditahan dan kita percaya dapat menyelesaikan kes ini,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat,” katanya.

Justeru, beliau menasihatkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi, perkongsian dan menyebarkan sesuatu berita daripada sumber yang tidak sahih berhubung kes ini yang telah dimuat naik dan tular di platform media sosial. BH

Bekas teman wanita pemain bola sepak Sabah ditahan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Suami Fatin Afeefa kutuk media Malaysia

Diva AA serang Diva BB? (Video)

Seluar Hannah Delisha jadi bualan, ramai sakit mata

Ajak swafoto lepas tumbuk, tunggu polis datang kutip

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker