Polis siasat individu sebar maklumat palsu dakwa Sultan Kelantan meninggal dunia

Polis siasat individu sebar maklumat palsu dakwa Sultan Kelantan meninggal dunia

Polis siasat individu sebar maklumat palsu dakwa Sultan Kelantan meninggal dunia
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat. – Foto fail NSTP

KOTA BHARU: Polis sudah menjalankan siasatan berhubung kenyataan palsu yang dimuat naik di media sosial mendakwa Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V meninggal dunia, minggu lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, berkata siasatan dijalankan oleh Bukit Aman.

“Sebaik kenyataan itu tular di media sosial, kita membuat laporan polis sebelum siasatan dijalankan oleh Bukit Aman.

“Individu yang memuat naik kenyataan itu juga sedang dikesan. Kes disiasat mengikut Akta Hasutan 1948,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Terdahulu tular di media sosial yang mendakwa kemangkatan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

Polis sudah menjalankan siasatan berhubung kenyataan palsu

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker