Farioli ambil alih Porto
Farioli ambil alih Porto

Porto: Bekas pengendali Ajax Amsterdam dan Nice, Francesco Farioli, diumumkan sebagai ketua jurulatih baharu Porto menerusi kontrak dua tahun, umum kelab Liga Primeira Portugal itu, hari ini.
Pelatih dari Itali itu meninggalkan Ajax pada Mei lalu selepas pasukannya gagal menjulang kejuaraan Eredivisie kali ke-37 apabila tewas gelaran kepada PSV Eindhoven pada hari terakhir saingan musim 2023/24.
Farioli, 35, sebelum ini turut mencipta impak bersama OGC Nice apabila membantu kelab Ligue 1 itu menamatkan saingan di tangga kelima.
Beliau juga pernah membimbing dua kelab Turkiye, Fatih Karagumruk dan Alanyaspor.
Musim lalu, Porto menamatkan saingan liga domestik di kedudukan ketiga, ketinggalan sembilan mata di belakang juara, Sporting Lisbon.
Farioli ambil alih Porto
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
- Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.