Dendam kerana laporan polis, pekebun cedera ditikam kenalan
Dendam kerana laporan polis, pekebun cedera ditikam kenalan

KUANTAN: Seorang pekebun cedera di perut dipercayai akibat ditikam kenalannya di kawasan perumahan Kampung Sri Damai, Jalan Gambang di sini, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah, berkata insiden berlaku sekitar jam 7 malam ketika mangsa lelaki berusia 38 tahun berjumpa suspek di hadapan rumahnya.
Ketika itu, beliau berkata, suspek lelaki berusia 25 tahun dikatakan meminta mangsa mengikutnya atas alasan ada rakan mereka mahu berjumpa.
“Bagaimanapun, mangsa enggan mengikutnya sebelum suspek didakwa tiba-tiba mengeluarkan sebilah pisau sepanjang 12.7 sentimeter (sm) dari belakang seluar dan menikam perut mangsa.
“Akibat tikaman itu, mangsa mengalami koyakan di bahagian tengah perut dan kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
Susulan itu, Ashari berkata, polis menahan suspek yang tidak bekerja.
Berdasarkan hasil siasatan awal, beliau berkata, punca kejadian dipercayai kerana suspek berdendam pada mangsa yang dikatakan ada membuat laporan polis terhadapnya berkaitan pengambilan bahan terlarang.
Suspek kini direman hingga Selasa ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
Dendam kerana laporan polis, pekebun cedera ditikam kenalan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.